Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Lahirkan Anak Cemerlang

Buku: Ajar Anak Kecil Membaca Awal

Anak-anak sekarang lebih 'advance'! Ramai yang berkata begitu. Lihat saja cara anak bercakap, cara mereka berkawan, berfikir tentang sesuatu, dan banyak lagi. Anak-anak sekarang terdedah dengan sumber lebih awal, seperti mula diperkenalkan dengan bacaan al-Quran dan diajar membaca seawal usia dalam kandungan lagi. Ini menunjukkan betapa 'advance' ibubapa muda sekarang menekankan aspek pendidikan kepada anak-anak mereka. Sesuatu yang boleh ibu banggakan! Sungguh ibu kagum dengan usaha dan keprihatinan ibubapa muda sekarang ini apabila menyentuh soal pendidikan awal anak-anak. Rata-rata anak yang diajarkan oleh ibubapa sendiri di rumah secara konsisten telah mula dapat membaca sebelum usia 4 tahun. Adik Nurani pada usia 3 tahun 8 bulan sudah membaca Buku 8 dari Buku Bacalah Anakku. Video adik Nurani membaca boleh lihat di sini Ibu mana yang tidak gembira bila anak sudah pandai membaca sebelum masuk tadika. Namun begitu, ramai juga ibubapa yang menyat...

8 Tips Melahirkan Anak Soleh

Anak soleh adalah impian semua ibubapa, harta yang sangat bernilai dan kekal sehingga ibubapa meninggal. Pertama : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari. Tips seterusnya baca artikel penuh...

Bagaimana Menggalakkan Anak Lebih Fokus Belajar

Bismillah... dengan nama Allah Yang MAHA Pemberi Nikmat. Jam sudah menunjukkan jam 12.19am tapi mata ini masih belum mahu pejam, banyak perkara yang difikirkan dibenak. Ibu ingin mencoretkan sesuatu di sini moga ianya menjadi panduan kepada ibu-ibu yang lain. Andai ini satu kebaikan yang mampu ibu berikan kepada kalian, moga (doakan) Allah memberikan 10kali ganda kebaikan kepada ibu. Ya ALLAH perkenankanlah kerana tiada yang mustahil bagiMU Ya ALLAH. Cuti sekolah minggu lepas kami pulang ke kampung untuk ziarah orang tua kami yang tersayang, juga kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan adik perempuan ibu. Semasa minum-minum, TokMek (nenek Hakim sebelah abah) cakap pada Hakim, "Hakim belajar pandai-pandai biar jadi cikgu, ke Hakim nak jadi apa?(cita-cita) " Hakim tanpa berfikir panjang terus jawab, " Nak jadi businessman! ". Kerjaya seorang cikgu atau guru memang dipandang tinggi oleh orang kampung, sudah dianggap sangat berjaya. Ibu tidak merendah...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Yahudi ...... ?

Pernah tak baca artikel tentang kenapa orang Yahudi bijak dan beberapa amalan wanita Yahudi ketika mengandung untuk melahirkan anak-anak yang bijak? Saya tetap juga mengatakan bahawa Islam adalah yang terhebat dan bijak cuma mungkin banyak ajaran dan sunah Rasulullah yang kita tinggalkan. Menurut tesis yang dijalankan oleh Dr Stephen Carr Leon mengenai ' Mengapa Yahudi Bijak ' pemerhatian Dr Stephen selama 3 tahun berada di Israel. Amalan Pemakanan Kurma dan susu - amalan makanan sunnah Ikan tanpa kepala (isi ikan sangat bagus untuk perkembangan otak, kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik) - kan orang tua-tua selalu pesan jangan makan kepala ikan jadi benak Salad yang dicampurkan dengan kekacang terutama kacang badam Pil minyak ikan Tidak makan ikan bersama daging - amalan makanan sunnah Makan buah-buahan dahulu - amalan makanan sunnah Larangan Merokok Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada ota...

Bagaimana Menghasilkan Genetik Yang Baik

Anak yang baik, soleh dan taat menjadi idaman setiap ibubapa. Terdapat banyak faktor yang memperngaruhi genetik anak yang baik, saya kongsikan 3 yang penting; Sifat dan Moral Ibubapa Islam sangat menganjurkan kita mencari pasangan hidup yang tinggi akhlak dan iman di dada, ini bagi memastikan zuriat baik yang dihasilkan. Orang-orang tua dahulu sangat mengambil berat soal pemilihan jodoh anak mereka supaya keturunan mereka terjaga. Sesetengah pakar menganjurkan supaya tidak mengahwini anak yang lahir daripada penzinaan kecuali ibubapanya sudah bertaubat. Ini kerana, diragukan genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa mewujudkan kecenderungan seks yang diharamkan di dalam diri anak itu apabila dewasa kelak. Hubungan Seks Ibubapa Hubungan seks suami isteri sangat memainkan peranan untuk menghasilkan genetik yang baik. Oleh itu ajaran Islam misalnya, menggariskan tatacara dan tertib tertentu yang mulia dan penuh dengan kehormatan semasa menjalinkan hubungan seks antara suami ister...

Perlu Susukan Bayi Dengan Susu Ibu

Bismillah Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahun jagung pun. Mungkin dahulu saya tidak sedar atau separuh sedar akan kepentingan dan khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Saya menyusu kerana naluri keibuan saya :) ya betul, apabila bayi lahir naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan sendiri bayi kerana ada jalinan kasih sayang yang tidak terungkap ketika itu. Saya menyusukan bayi pertama sambil menitiskan air mata kerana gembira melihat bayi selamat selepas berhempas pulas berjuang :)>- Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada m...

LAHIRKAN ANAK CEMERLANG!

Ada beberapa perkara yang saya hendak ceritakan sepanjang saya balik kampung tempoh hari dan cerita hujung minggu lepas, cuma belum berkesempatan untuk tekun bekerja keras di depan pc dan khusyuk memerah idea. Sejak kebelakangan ini saya asyik tidur awal sahaja. Di siang hari pula, masanya lebih lapang dengan 2 anak tapi saya seperti lalai asyik meneman Aiesyah di depan tv dan mengulit tangannya bila dia menonton tv dan tidur. Seronok saya merasa seperti ibu beranak dua aje! Umar tidur pun lebih berjadual kerana tiada anasir yang mengacau bila dia hampir-hampir nak terlelap. Banyaaaakkk masa ibu luangkan bersama Aiesyah, sampai dia jadi terlebih manja pulak! Daripada pembacaan, bagi anak-anak, erti kasih sayang bagi mereka adalah masa yang kita luangkan bersama mereka. lebih banyak masa yang diluangkan ibubapa bersama anak-anak, maka lebih erat kasih sayang yang terjalin. Sebab itu berlaku situasi di mana anak lebih rapat dengan bibik kerana banyak masa mereka bersama bibik agakny...