Skip to main content

Bagaimana Menghasilkan Genetik Yang Baik

Anak yang baik, soleh dan taat menjadi idaman setiap ibubapa. Terdapat banyak faktor yang memperngaruhi genetik anak yang baik, saya kongsikan 3 yang penting;

Sifat dan Moral Ibubapa
Islam sangat menganjurkan kita mencari pasangan hidup yang tinggi akhlak dan iman di dada, ini bagi memastikan zuriat baik yang dihasilkan. Orang-orang tua dahulu sangat mengambil berat soal pemilihan jodoh anak mereka supaya keturunan mereka terjaga. Sesetengah pakar menganjurkan supaya tidak mengahwini anak yang lahir daripada penzinaan kecuali ibubapanya sudah bertaubat. Ini kerana, diragukan genetik yang diwarisi daripada ibu atau bapa mewujudkan kecenderungan seks yang diharamkan di dalam diri anak itu apabila dewasa kelak.

Hubungan Seks Ibubapa
Hubungan seks suami isteri sangat memainkan peranan untuk menghasilkan genetik yang baik. Oleh itu ajaran Islam misalnya, menggariskan tatacara dan tertib tertentu yang mulia dan penuh dengan kehormatan semasa menjalinkan hubungan seks antara suami isteri.

Susu Ibu
Anak yang meminum susu ibu menuruni sifat-sifat yang ada pada ibunya. Air susu yang diminum oleh anak menjadi darah dagingnya. Oleh itu, anak yang meminum susu daripada ibu yang tidak baik tingkah lakunya mempunyai kecenderungan melakukan perkara yang sama apabila dewasa kelak. Ini jelas menunjukkan betapa besar kesan penyusuan ibu ke atas anak-anak. Maka tidak hairan pada zaman silam terdapat ibubapa yang sanggup menyerahkan anak mereka kepada wanita lain (yang mulia akhlaknya) untuk disusukan dalam tempoh tertentu sebelum diambil semula.

Comments

  1. Salam Ziarah.

    Iya benar. Saya juga ada terbaca, bahawa akhlak dan emosi ibubapa juga mempengaruhi zuriat yang bakal dilahirkan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih UstazCahaya, sudi jenguk sini dan tinggalkan jejak.. InsyaAllah akan add blog UstazCahaya dalam bloglist saya :)

    ReplyDelete
  3. salam Anie,
    Sbb tu kdg2 ada sesetengah ibubapa yg cakap kat anak dia "hishh ikut perangai siapa la ni, degil sgt". Ramai tak perasan yg mestilah anak ikut perangai ibubapa mereka sendiri kan.

    p/s: sy pun sebenarnya "degil" juga dan dah nampak anak2 bakal ikut perangai tu. huhu. Cuma "degil" sy tu bila sy rasa pendapat sy betul dan sy berdegil nak berusaha sampai dpt apa yg diingini.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Nur, kadang ibubapa terlepas pandang, bukan nak cakap orang lain kam sendiri pun selalu alpa untuk menunjukkan panduan dan contoh terbaik untuk anak-anak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...