Skip to main content

Bagaimana Menggalakkan Anak Lebih Fokus Belajar

Bismillah... dengan nama Allah Yang MAHA Pemberi Nikmat.

Jam sudah menunjukkan jam 12.19am tapi mata ini masih belum mahu pejam, banyak perkara yang difikirkan dibenak. Ibu ingin mencoretkan sesuatu di sini moga ianya menjadi panduan kepada ibu-ibu yang lain. Andai ini satu kebaikan yang mampu ibu berikan kepada kalian, moga (doakan) Allah memberikan 10kali ganda kebaikan kepada ibu. Ya ALLAH perkenankanlah kerana tiada yang mustahil bagiMU Ya ALLAH.

Cuti sekolah minggu lepas kami pulang ke kampung untuk ziarah orang tua kami yang tersayang, juga kerana majlis kesyukuran sempena perkahwinan adik perempuan ibu. Semasa minum-minum, TokMek (nenek Hakim sebelah abah) cakap pada Hakim, "Hakim belajar pandai-pandai biar jadi cikgu, ke Hakim nak jadi apa?(cita-cita)" Hakim tanpa berfikir panjang terus jawab, "Nak jadi businessman!".

Kerjaya seorang cikgu atau guru memang dipandang tinggi oleh orang kampung, sudah dianggap sangat berjaya. Ibu tidak merendahkan profession perguruan kerana pendidik adalah kerja yang sangat mulia. Apa yang ibu mahukan adalah anak-anak yang mempunyai cita-cita yang besar dalam hidup mereka.


Bina Impian Dan Cita-Cita

Ibu ini hanya punya cita-cita yang sebenar semasa di sekolah menengah atau lebih tepat selepas keputusan SPM diumumkan, semasa memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Semasa sekolah rendah ibu mahu menjadi penyanyi, maklumlah perasan suara sedap sebab selalu menyanyi dalam bilik air dan pernah beberapa kali menjadi solo dalam pertandingan nasyid semasa di sekolah. Pernah diketawakan oleh rakan sekelas bila ibu beritahu mahu jadi penyanyi macam Raja Ema. Seingat ibu waktu itu (darjah 5) dan rakan yang lain punya cita-cita yang standard cikgu, polis, askar, bla-bla mungkin betul atau ikutan semata sebab itu aja pekerjaan yang orang tua selalu duk cerita kat kita.

Kita adalah apa yang kita fikirkan 'You are what you think'.

Ibu nekad mahu anak-anak ibu punya impian yang jelas dalam hidup mereka, matlamat hidup mereka dunia dan akhirat. Kita berusaha Allah akan tentukan segalanya bergantung pada apa yang kita mahu, apa yang kita minta.

Umar walaupun baru berusia 3 tahun, sudah ada impiannya tersendiri, cubalah tanya anak kecil itu dia mahu jadi apa bila besar, pasti ada jawapan. Ibu letakkan impian supaya anak-anak punya matlamat hidup mereka, tidaklah nanti tercari-cari atau tertanya-tanya, nak jadi apa eh?

Impian hidup yang disasarkan mestilah selari dengan kehendak agama kita untuk mengejar kebaikan di Akhirat yang kekal abadi. Ingat bila kita mengejar akhirat, dunia akan berlari mendapatkan kita. No doubt itu janji Allah.


Deklarasi atau Aku Janji

Sampai sahaja di rumah daripada kursus Kuasa Minda, ibu tampal deklarasi sebelah cermin dalam bilik, melihat ibu selalu membacanya sehingga anak boleh menghafal beberapa deklarasi tersebut, ibu fikir kenapa tidak ibu sediakan deklarasi untuk anak-anak ibu?

Deklarasi atau ibu boleh katakan ianya seperti aku janji, perkara positif yang kita mahukan dalam hidup, membacanya setiap hari (dengan feeling) meransang otak kanan menerima dan biarkan ianya melekat. Baca setiap hari (minimum 21 hari) to make it as habit. Contoh deklarasi;
I choose to be happy right now, I love my life!
Saya sayangkan keluarga saya, saya seorang ibu yang tenang dan sabar, saya memberi dengan ikhlas, saya jutawan!
Sebagai contoh, anda boleh letakkan deklarasi anda sendiri.

Ibu buatkan 1 deklarasi untuk Hakim dan 1 untuk Aiesyah, di dalam deklarasi tersebut ada juga disebutkan cita-cita dan impian mereka secara khusus.


Beritahu Anak-Anak Berulang

Anak-anak sebenarnya suka mendengar apa yang ibu atau bapa mereka cakapkan, mulakan ketika anak masih kecil. Positif, positif sentiasa. Sebelum beritahu sesuatu puji anak terlebih dahulu (biar kembang dahulu, baru senang serap) dan pilih masa yang sesuai.

Waktu pagi yang tenang dan mendamaikan semasa menghantar anak-anak ke sekolah, di dalam kereta (ibu sangat sukakan waktu pagi semasa matahari mula menampakkan diri). Mulakan dengan doa, zikir dan selawat bersama-sama, bila sudah tenang, puji anak seperti 'Ibu sayang Hakim, ibu bangga dengan Hakim ..... (nyatakan sifat baik anak) kemudian beritahu perkara positif yang kita mahukan, jika mahukan anak jadi doktor (sebagai contoh) boleh beritahu anak begini 'Anak adalah doktor pakar bedah mata, anak mempunyai hospital sendiri (ada nama hospital lebih bagus), anak menjadi pakar rujuk utama semua doktor mata seluruh Malaysia, anak dermawan, membantu orang susah dan miskin, anak seorang yang cintakan ilmu dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang dengan ilmu yang ada'. 

Apa sahaja yang ibu mahu, beritahu anak supaya mereka tahu apa isi hati kita, supaya mereka tahu betapa kita sayangkan mereka, betapa kita bangga dengan mereka. Mengalir air mata ibu ini ketika mengucapkannya jujur dari hati kepada anak yang disayangi. Ucapkan dengan ikhlas, anak boleh merasainya. They can feel it.

Beritahu setiap hari, apa yang ibu-ibu cakap pada anak itu kan doa buat mereka. Ya Allah kabulkanlah doa-doa kami, ibu-ibu yang sentiasa mahukan kebaikan untuk anak-anak mereka. 


InsyaAllah semoga bersua lagi (entry ditulis semalam, baru dapat dipublish)


Segala yang baik datangnya daripada ALLAH dan keburukan serta kelemahan daripada diri ibu sendiri, yang baik jadikan teladan.

Comments

  1. satu tips yg bagus... ;)

    boleh dipraktiskan :)

    ReplyDelete
  2. dulu kena tandatgn Aku Janji tu masa kerja kat USM. Jd dgn anak2 pun kita boleh buat AKu JAnji tu ye.

    ReplyDelete
  3. @Kakyong
    Baru beberapa hari saya praktiskan dengan anak2 terutama deklarasi dan cakap dalam kereta memang ada improving, kalau boleh nak kekalkan yang improve itu

    ReplyDelete
  4. @Nur
    Haah deklarasi sangat bagus sebagai peringatan untuk diri sendiri dan meransang otak kanan.

    ReplyDelete
  5. Dah lama sngt tinggalkan kaedah deklarasi ni..huhu...harap masih tak terlambat nak bermula semula...

    suka sngt n3 ni! thanks anie!

    ReplyDelete
  6. @MamaYatie
    Terima kasih Yatie, silakan bermula, never late then never

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...