Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sekadar Berkongsi

Jangan Tunggu Berharta Untuk Berjasa

Alhamdulillah, segala pujian hanya layak untuk Tuhan Sekelian Alam. Ibu tertarik dengan cerita yang ibu dengar di IKIM tengahari tadi, tentang seorang raja dan seorang ilmuwan. Raja memanggil ilmuwan tersebut dan berkata, "Tunjukkan padaku apakah Tuhan benar-benar wujud?" "Jika begitu yang tuanku pinta, mohon patik berada seorang diri di sini" Lalu raja keluar dari bilik itu. Ilmuwan mencoretkan puisi indah di atas satu kertas. Sebentar kemudian, ilmuwan meminta raja masuk ke dalam bilik dan menunjukkan puisi yang dikarang tadi. Raja bertanya, "Indahnya puisi ini, siapakah yang menulisnya?" "Pen ini bergerak dengan sendiri dan mencoretkan puisi di kertas ini, tuanku" "Mustahil! Mustahil pen ini bergerak dengan sendiri. Puisi yang indah ini pasti ditulis oleh seorang penyair yang bijak pandai" "Benar kata tuanku, puisi yang indah ini sudah tentu ditulis oleh seorang yang hebat, bagaimana dengan alam ini yang sungguh...

Sayangi Diri Sebelum Menyayangi Orang Lain

"Ustaz, kerana sayang anak-anaklah saya jadi begini," keluhnya perlahan. "Puan telah terkorban," balas saya juga perlahan. "Saya terkorban kerana berkorban." Saya diam. Perlahan-lahan saya renung keadaannya yang daif. Kakinya yang membengkak. Badannya yang sembab. Mukanya yang pucat. Penyakit tiga serangkai telah menyerangnya – darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Saya dijemput oleh suaminya untuk memberi sedikit-sebanyak nasihat bagi menenangkan hatinya. Saya masih ingat kata-kata suaminya, "Ustaz, tolong buat sesuatu pada isteri saya. Dia dalam keadaan yang sangat murung. Hampir tidak pernah senyum. Penyakitnya pun semakin berat. Dia perlukan keyakinan untuk sembuh. Jika tidak... " Tanpa banyak bertanya saya terus memberi persetujuan. Sungguhpun kami berdua hanya kenalan jauh tetapi hajat seorang muslim terhadap saudaranya menjadikan kami dekat. Dan petang ini, saya meluangkan masa untuk bercakap-cakap dengan isteri yang ...

Tip Kekal Sihat Cergas | Minum Air Secukupnya

Manusia tidak dapat hidup tanpa air, tanpa air kering kontang dunia. Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, meningkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Jika berasa panas badan, perlu minum air kosong lebih dari biasa, mempercepatkan proses penurunan suhu badan. Sekitar 70% kandungan air dalam badan setanding dengan fungsinya. Tanda-tanda kekurangan air adalah berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit belakang, sakit kepala dan sembelit. Ibu bukanlah pakar kesihatan, berkongsi sedikit ilmu yang ibu juga baru tahu. Bagaimana mengetahui berapa kuantiti air yang secukupnya untuk badan kita? Berapa jumlah air yang diperlukan seseorang dalam sehari? Jawapannya bergantung kepada aktiviti, cuaca, berat dan tahap kesihatan. Mari kita kira jumlah air yang diperlukan mengikut berat badan (senang kira) Kira berat badan dalam paun dan bahagi 2 (jumlah yang dapat adala...

Nora: Voice of Ummi

Alhamdulillah, semakin ramai artis berhijrah ke jalan yang lebih baik termasuk penyanyi yang terkenal dengan kelunakan suaranya. Nora antara penyanyi yang ibu suka sejak awal penampilannya sebagai penyanyi kerana lagu yang didendangkan semuanya sedap di telinga ibu. Tambahan pula kebanyakan lagu yang dinyanyikan Nora diciptakan sendiri oleh suaminya Johan Nawawi memang sesuai dengan kemerduan suaranya.  Album Voice of Ummi yang memuatkan lagu kanak-kanak juga berunsur ketuhanan. Anak-anak ibu sangat suka dengan lagu Erti Al-Fatihah masing-masing sudah hafal makna Al-Fatihah itu sendiri. Ibu bangga dengan apa yang dilakukan oleh Nora dan suaminya jika tidak kerana lagu tersebut mungkin anak-anak tidak tahu erti surah pertama di dalam Kitab Suci Al-Quran yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari. Dengar lagu Erti-Al-Fatihah oleh Voice of Ummi di sini . Ibu pula suka dengan lagu Pedoman, bait-bait liriknya penuh makna, melodinya menusuk jiwa. ...

Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal

Semalam ibu berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Konvensyen Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal peringkat Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Perancangan asal mahu ke perjumpaan re-charge Alumni IMKK Dr Azizan, tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ibu tukar plan ke Shah Alam. Walaupun ibu tidak layak untuk menyertai kerana bukan status ibu tunggal atau ibu tinggal, tapi disebabkan minat sangat dengan panel yang dijemput, ibu pergi jua mencedok sedikit ilmu. Pendaftaran bermula 8 pagi, ibu memang mahu sampai lewat kerana mahu mendengar apa yang disampaikan penceramah sahaja termasuk YB Hjh Rodziah yang sangat ibu kagumi. Ibu sampai semasa YB Hjh Rodziah menyampaikan ucapan merasmikan konvensyen, kemudian majlis rehat untuk minum pagi. Selepas itu majlis disambung dengan perkongsian oleh panel penceramah. Memang berbaloi, kerana panel bukan calang-calang mereka pakar dalam b...

Suami Yang Menggembirakan Isteri

Ini gelagat para suami isteri yang ibu perhatikan sepanjang berada di kedai. Suami yang baik menemani isteri membeli barangan keperluan dapur dan juga pakaian sendiri dan anak-anak. Situasi A Suami: Nak cari apa Isteri: Sekejap lar nak tengok baju anak Suami: Baju apa lagi...? Isteri: Alah tengok-tengok jer dulu Suami: Tak payah... jom sambil berlalu membawa troley dan isteri keluar dari kedai lalu mengekori suaminya Situasi B Suami: Baju anak tak ada lagi, cer tengok sini Isteri: Haah.... yang ni cantik bang, ok tak? Suami: Ermm ok tu.... boleh beli Isteri: (Sambil senyum) ok, nak ambil yang ni satu lagi boleh bang? Suami: Boleh, ok jugak tu... ambik2 Isteri memberikan baju-baju yang telah dipilih kepada cashier Suami: Berapa semua? (sambil mengeluarkan dompet) Antara gelagat suami isteri yang ibu temui di sini, alangkah seronok si isteri dalam Situasi B... Situasi A biasanya berlaku bila suami tidak mahu layan read as suami kekurangan wang, duit yang ada cukup untuk bel...

Telur Ayam Tahi Ayam

Sebelum ini pernah timbul kes telur palsu, tapi ibu tak mahu sentuh bab tu hari ni. Siapa kat sini yang tak suka makan telur? Ibu percaya ramai kita sukakan telur, bukan sahaja murah tapi senang untuk disediakan. Bila dah tak tahu apa nak masak, telur goreng dengan kicap pun jadi. Ada orang (lelaki tertutamanya) kalau makan nasi goreng atau mee goreng mesti kena ada telur mata. Tak payah intro panjang-panjang, ibu nak kongsi tentang telur ayam yang kita makan sudah bercampur tahi ayam jika telur ayam itu tidak dibasuh dengan sempurna. Pagi tadi ibu berhentikan kereta di sebuah gerai roti canai, melihatkan pembuat roti canai seorang melayu muslim bersongkok, ibu pun terus pergi dekat untuk order. 'Ya nak apa?' Tanya pakcik tu. Ibu tenguk bekas berisi telur... em telur dalam bekas mungkin dibasuh, tapi lihat dengan jarak lebih dekat ada tahi ayam lagi melekat di telur tersebut ibu tak jadi beli. 'Err... takper lar' dan ibu terus berlalu. Baru jer bulan Ram...

Kisah Penggunting Rambut dan Seorang Lelaki

Assalamualaikum, faktor kesihatan menyebabkan beberapa kerja tertunggak. 2 hari hanya berbaring dan bergerak sekitar di dalam rumah sahaja. Demam menggigil, kepala berdenyut-denyut dan bila berdiri rasa seperti mahu pitam. Alhamdulillah hari ini keadaan semakin baik. Ibu ingin kongsikan cerita ini yang ibu ambil dari notes seorang sahabat di facebooknya. Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya.  Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini.  Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya: Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.  Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita.  Macam-macam dibualkan me...

Bekerja Dari Rumah: Suka atau Sukar?

Bekerja dari rumah semakin popular sekarang. Jika bos ibu bagi ibu bekerja dari rumah dahulu mungkin ibu masih bekerja di sana sehingga sekarang (mungkin?) Faktor perjalanan serta traffic yang tidak menentu menyebabkan fikiran jadi bercelaru untuk menghadapi kenyataan itu setiap hari. Hehe.... padahal sekarang bila bekerja sendiri dari rumah, ibu kena juga keluar awal pagi dan bersesak dalam traffic cuma tidaklah setiap hari dan ada pilihan. Ibu sebenarnya kagum dengan wanita gigih ini yang mula memulakan kerjaya dari rumah sejak ibu masih belajar yang mana tidak pernah terlintas untuk ibu bekerja di rumah seperti beliau. Ibu pernah berjumpa sekali dengan Pn. Dayang Lily semasa meeting Cluster WENA di Shah Alam bulan Mei baru-baru ini. Ibu kongsikan di sini kerana ibu fikir mungkin ada di antara ibu-ibu di sini yang ingin memulakan kerjaya dari rumah dan juga telah mengharunginya. Senang ke berkerja dari rumah? Hanya yang melaluinya lebih mengetahui. Mari kita tanya pada yang paka...

Tart Nenas Paling Sedap di Alam Semesta

Kuih yang wajib rasa bila tiba raya ni mestilah Kuih Tart, tapi ibu belum jumpa lagi kuih tart yang sedap tahun ini. Tahun lepas beli tart tak ngam dengan mulut ibu ni. Ibu suka yang keras sedikit (tidak mudah pecah dan terus lebur bila masuk mulut) dan jem nenasnya yang asli. Kebanyakan tart sekarang terlalu rapuh, memang tidak kena dengan tekak ibu ni, mana yer nak cari tart yang betul2 traditional. Haritu pergi ke Mydin terjumpa tart nenas bulat, nampak macam sedap sebab jemnya yang banyak, walaupun tidaklah comel tapi ibu nak cuba. Lebih kurang begini rupanya, gambar ini ibu amik from google sebab gambar yang ibu snap entah di mana tak jumpa. Emm boleh tahan juga rasanya, yang level atas kemain besar-besar, tapi level bawah semua kecil-kecil sahaja, sedang elok ngap. Untuk makluman tart ini telah pun habis selang beberapa hari sahaja. Jadi ibu dalam misi mencari lagi tart nenas yang paling sedap di alam semesta, jika tidak jumpa maka harus ibu pergi lagi ke Mydin dan dapatka...

Bayi diletak Dalam Paper Bag Tepi Jalan dan Masih Hidup

Ibu mendapat gambar-gambar ini daripada teman facebook, ada kawan fb nya yang ada di tempat kejadian dan snap gambar-gambar ini. Bayi lelaki ini dipercayai baru sahaja dilahirkan melihatkan kepada keadaan tali pusat dan uri yang masih merah, masih terdapat kesan darah di badan bayi tersebut. Sangat terharu dan sedih dengan nasib bayi yang sangat comel ini, tidak logik rasanya ibunya meninggalkan bayinya seorang diri dalam paper bag yang telah lusuh di tepi jalan dengan hanya berbalut sehelai kain. Ibu tidak pasti adakah bayi lelaki ini telah diazankan selepas kelahirannya aau tidak, kelihatan seperti wajah kaum sebangsa ibu sendiri. Anda lihatlah sendiri gambar-gambar ini; Bayi bersama urinya ditinggalkan di dalam paper bag dan digantung dipapan tanda 'BERI LALUAN' ini Bayi lelaki yang masih bernyawa ini dibalut dengan selimut putih yang bersih, selepas dipotong tali pusat dan dibersihkan Tali pusat yang masih baru dengan kesan darah pada badan bayi Comelkan bayi ni?...

Sambutan Merdeka

Selamat bercuti, InsyaAllah esok adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53, bermakna mak ibu telah pun 63 dan ayah 73 tahun ini, mereka masing-masing berusia 10 dan 20 tahun ketika negara mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Suka dengan gambar ini, penuh dengan sejarah Nampaknya tahun ini kemerdekaan disambut di bulan Ramadhan, di sepuluh Ramadhan terakhir ini, apakah sambutan yang sama juga seperti tahun-tahun lepas di negara Islam yang sangat kita cintai ini? Ibu berharap sangat tiada konsert semasa sambutan merdeka tahun ini kerana menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini, jika tiada konsert langsung untuk tahun-tahun berikutnya lebih bagus. Belum pernah sekalipun ibu pergi ke mana-mana sambutan malam kemerdekaan yang berlangsung di negara ini, sambutan hari kemerdekaan dengan perbarisan dan kawad tu pernahlah ibu sertai masa sekolah dulu, boleh dikatakan setiap tahun kami kena berbaris dan berkawad. Berjalan kaki dari sekolah ke Stadium Kuala Terengganu dan bila pulang d...

Teringin Nak Pakai Abaya

Bismillah Abaya sudah semakin popular di Malaysia sekarang, jika dulu ibu hanya tahu abaya ini adalah jubah besar seperti baju kaftan yang berwarna hitam dan terbelah di depan, rupanya ini maksud abaya mengikut Wikipedia; The abaya is long overgarment essentially a robe-like dress , worn by some women in parts of the Islamic world. Traditional abaya are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet and hands. It can be worn with the niqab , a face covering except eyes. Some woman choose to wear long black gloves, so their hand are covered as well. Sekarang ini abaya tidak lagi hanya berwarna hitam, ada juga yang telah dimodenkan menggunakan material denim. Abaya bukan suatu yang luarbiasa bagi ibu kerana semasa cuti sekolah rendah, ibu dihantar ke sekolah pondok untuk belajar agama oleh ayah dan di sana ibu kenali umi yang sentiasa mengenakan abaya hitam, niqab dan sarung ...

Sedar Tak Sedar

BismillahirRahmanirRahiim... Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ke-12 berpuasa, selamat berhujung minggu semua, buat apa yer hari ni. Hari minggu mungkin ada yang plan hendak berbuka di luar, setakat berpuasa ni, ibu dan keluarga hanya berbuka di rumah dan juga di rumah kakak, sambil berkunjung dan berbuka puasa ramai-ramai meriahnya tidak terkata. Sedar tak sedar sudah masuk 10 hari pertengahan puasa iaitu pengampunan dari doa, 10 hari pertama adalah rahmat dan 10 terakhir adalah dijauhkan dari azab api neraka. Rugi jika tidak merebut peluang di bulan yang penuh rahmat dan barokah ini, entah semat atau tidak kita berjumpa dengan bulan ini di tahun hadapan. Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-5 blog ibu tidak berupdate, apa sudah jadi ni.....? Kan ibu dah cakap hari tu bulan puasa ni blog pun macam turut sama berpuasa. Banyak habuk dah ni.... fuuhhh... fuuhhh.. (tiup habuk sambil lap). Sedar tak sedar sudah masuk hari ke-15 mak dan ayah ibu di tanah suci. Alhamdulillah ...