Semalam ibu berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Konvensyen Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal peringkat Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.
Perancangan asal mahu ke perjumpaan re-charge Alumni IMKK Dr Azizan, tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ibu tukar plan ke Shah Alam. Walaupun ibu tidak layak untuk menyertai kerana bukan status ibu tunggal atau ibu tinggal, tapi disebabkan minat sangat dengan panel yang dijemput, ibu pergi jua mencedok sedikit ilmu.
Pendaftaran bermula 8 pagi, ibu memang mahu sampai lewat kerana mahu mendengar apa yang disampaikan penceramah sahaja termasuk YB Hjh Rodziah yang sangat ibu kagumi.
Ibu sampai semasa YB Hjh Rodziah menyampaikan ucapan merasmikan konvensyen, kemudian majlis rehat untuk minum pagi.
Selepas itu majlis disambung dengan perkongsian oleh panel penceramah.
Memang berbaloi, kerana panel bukan calang-calang mereka pakar dalam bidang masing-masing:
- Hak-Hak Ibu Tunggal & Tanggungjawab Dari Perspektif Undang-Undang
Dr Harlina Haji Siraj
- Kesihatan Holistik & Menyeluruh
Puan Ainon Mohd
- Pengaruh Peribadi Ke Atas Kejayaan Bisnes
Puan Dayang Lily Maznah
- SOHO Sebagai Satu Konsep Perniagaan & Pekerjaan Dari Rumah
Setiap panel diberi 20 minit untuk membentangkan Kertas Kerja masing-masing. 20 minit memang tidak cukup untuk pakar bercakap tentang bidang masing-masing kan? Betul memang tidak puas meneguk ilmu yang disampaikan panel.
Ibu pulang sebaik sahaja sesi soal-jawab berakhir, ramai ibu tunggal yang bertanya tentang hak serta tuntutan nafkah.
Ibu-ibu tunggal ini bertuah sebenarnya kerana mereka menjadi insan terpilih oleh Allah menerima ujian dalam hidup mereka dan ditempuhi dengan sabar, tidak semua orang mampu menggalas tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak sendirian.
Syabas ibu ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang menganjurkan konvensen berguna seperti ini. Menggabungkan semua pihak terbabit yang berkaitan dengan isu ibu tunggal.
Setakat ini dulu perkongsian tentang konvensyen ini, intipati ucapan panel di entry yang lain ya. Azan Zohor sudah berkumandang, ibu mohon izin mengundurkan diri dahulu.
Comments
Post a Comment