Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Seminar/Course

Seminar Ajar Anak Cepat Membaca Menggunakan Kaedah Fonik

Pagi-pagi ibu menerima pesanan di aplikasi WhatsApp daripada ibubapa prihatin yang mahu mengajar anak membaca di awal usia. Alhamdulillah ibu teruja mendengarnya. Anak kecil perlu diberi pendedahan awal agar minat membaca terbit dalam diri anak. Bagaimana untuk mulakan langkah? Bagaimana untuk mengajar anak membaca seawal usia? Seminar ajar anak cepat membaca menggunakan kaedah fonik. InsyaaAllah ada jawapannya. Satu platform yang baik untuk mengetahui bagaimana cara dan kaedah yang sesuai. Sesuai dihadiri semua ibubapa, guru, individu yang mahu mempelajari kaedah yang sesuai untuk anak kecil cepat membaca.  Saya sarankan kepada tuan dan puan yang pernah membeli buku daripada saya supaya hadir seminar ini. Apabila membeli buku Set Bacalah Anakku atau Set Read Easy, buku dan vcd panduan mengajar diberikan percuma. Namun belajar secara bersemuka dengan penulis buku adalah lebih mudah difahami. Peluang bersemuka dengan Puan Nik Eliani memang tidak harus ibu...

Kisah Hari ini | Seminar Fesbuk Power

Alhamdulillah sudah sampai di rumah, berkesempatan untuk menghadiri Seminar FesbukPower di Dewan MCA, Jalan Ampang.  Seminar dijadualkan bermula jam 8.30 pagi, ibu keluar rumah jam 7.15 pagi. Plan mahu naik komuter, sampai sahaja di Stesen Rawang 7.46, tren baru berlepas....  Tren berikutnya jam 8.15, pukul berapa nak sampai? Ibu terus ke Gombak, naik LRT lebih cepat. Ibu nak cepat, sampai di kaunter tiket, pegawai bertugas di kaunter minta ibu gunakan mesin. Sudah lama tidak menaiki LRT, rupanya sekarang sudah menggunakan coin, sama seperti yang digunakan oleh tren Metro di Guangzhau. Sampai di Wisma MCA, lega belum bermula, ramai betul manusia, ramai yang berulang-ulang pergi ke Seminar DAO kerana mahukan energy positif dan tambah ilmu.  Menarik, penuh tenaga, gelombang positif. Antara perkara yang diulang oleh Dr Azizan dalam seminarnya; The Power of Giving The MORE you give, the MORE you get! Social Media adalah fenomena Interne...

Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal

Semalam ibu berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Konvensyen Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal peringkat Negeri Selangor 2012 yang diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Perancangan asal mahu ke perjumpaan re-charge Alumni IMKK Dr Azizan, tapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ibu tukar plan ke Shah Alam. Walaupun ibu tidak layak untuk menyertai kerana bukan status ibu tunggal atau ibu tinggal, tapi disebabkan minat sangat dengan panel yang dijemput, ibu pergi jua mencedok sedikit ilmu. Pendaftaran bermula 8 pagi, ibu memang mahu sampai lewat kerana mahu mendengar apa yang disampaikan penceramah sahaja termasuk YB Hjh Rodziah yang sangat ibu kagumi. Ibu sampai semasa YB Hjh Rodziah menyampaikan ucapan merasmikan konvensyen, kemudian majlis rehat untuk minum pagi. Selepas itu majlis disambung dengan perkongsian oleh panel penceramah. Memang berbaloi, kerana panel bukan calang-calang mereka pakar dalam b...

Berkongsi Tentang Productive Muslim Seminar

Bismillah... Seminar ini sudah berakhir 2 minggu sudah, tapi kotak fikiran ini masih berlegar-legar memikirkan, kenapa tidak pergi seminar begini lebih awal? Cenderahati Sangat bemanfaat terutama bagi ibu yang masih belum dapat mengimbangi (balance) rutin harian sebagai isteri dan ibu, profession (kerja), rakan sosial (dengan masyarakat) dan yang paling penting sebagai hamba kepada Allah yang menciptakan. Tanggungjawab kita bukan sekadar kerja dan keluarga sahaja (ini aje yang ibu buat pun dulu) tetapi kita juga ada tanggungjawab untuk diri sendiri (InsyaAllah ibu akan gali potensi diri dan mencari lubang-lubang ilmu bagi tujuan ini), komuniti atau masyarakat sekeliling kita, untuk ummah (terutama generasi akan datang, yes! I will do something on it!) dan pembangunan Islam (bukan sekadar solat 5 kali sehari dan tunaikan rukun Islam yang 5). saudara Faris yang good looking :) Kenapa perlu productive? Atau dengan kata lain mengubah hidup menjadi lebih baik. I...

Productive Muslim Seminar

Minggu lepas ibu dah belek-belek pasal seminar ini di blog  melihatkan pada harganya sangat berpatutan dengan 2 penceramah jemputan yang sangat hebat, lihat poster sebelah kanan. Menarikkan? Santai-santai pagi Ahad sambil menonton Rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. TV rumah ini memang channel 6 je TV Al-Hijrah setiap hari, kami tidak menggunakan Astro, channel 6 yang kami set sendiri. Sejak dapat channel 6 ni, memang kami tak layan dah channel lain :) Ibu suka sangat dengan TV Al-Hijrah sebab kebanyakan rancangannya sangat berilmu dan bermanfaat. Ibu suka sangat dengan madrasah Al-Hijrah, ada ilmu Al-Quran, Akidah, Syariat dan Akhlak. Satu lagi adalah J.O.M Jalan Orang Mukmin. Memang boleh refresh apa yang ibu belajar masa sekolah dulu, dan dapat banyak ilmu baru. Tiada iklan yang menjolok mata, ibu harap sangat TV Al-Hijrah dapat kekalkan identiti sampai bila-bila. Iklan mestilah yang sopan sahaja :) Selang masa diisikan dengan zikir, dikir dan ...