Skip to main content

Posts

Showing posts with the label aktiviti keluarga

Siapkan Rumah Kucing

Akhirnya siap juga rumah ibu kucing anak lima yang mula dirancang hujung tahun lepas. Dari reka plan, beli bahan, pasang semua dilakukan oleh abah dan anak-anak. Ibu hanya lihat dan jadi pendorong supaya siap cepat. Maklumlahh ibu kurang selesa bau najis kucing dalam rumah. Ibu kucing (belum ada namanya) selalu datang singgah dan menumpang makan di rumah. Abah selalu belikan makanan kucing walaupun kami tiada kucing peliharaan bagi memberi makan kucing liar yang datang bertandang. Apabila kucing-kucing ini diberi makanan, kucing akan sentiasa datang. Ada yang tidak ke mana dah, bermain kawasan sini sahaja. Beberapa tahun lepas kami ada memelihara seekor kucing yang anak namakan Piko. Kucing jantan yang ditinggalkan seekor di tadika tempat anak belajar. Dia bersungguh mahu bawa balik. Umur kucing ini tidak panjang, tidak sampai dua tahun, akhirnya Piko mati. Selepas itu kami bawa seekor kucing oren dari kampung. Dua hari selepas sampai di rumah, si Oren mati. Jadi saya fikir, tidak...

Projek Cuti Sekolah

Salam Jumaat penuh keberkatan hari ini hari terakhir bulan Mei 2013 bersamaan 21 Rejab 1434. Ok bila sebut cuti sekolah, ibubapa sudah pening kepala apa aktiviti yang akan dibuat masa cuti. Kecuali jika balik kampung... maka semuanya akan beres. Ibu mahu kongsikan sedikit aktiviti kami sepanjang cuti sekolah ini. Oh hati ibu ini tiba-tiba terasa mahu terbang pulang ke kampung *mood rindu* 1. Main Tanah Liat Ini aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak di sekolah bila tiba waktu bermain. Ibu hairan juga kenapa anak-anak suka sangat main tanah liat? Bukan boleh makan pun kan? Walaupun bila digubah cantik dengan warna-warninya, ada juga anak yang sanggup menjilatnya! Tanah liat ini tidak sesuai untuk anak 2 tahun dan ke bawah, biasanya anak-anak seusia ini suka merasa apa yang ada di tangan. Jika tanah liat itu dibuat sendiri dengan adunan tepung yang boleh di makan, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.  Biarkan anak-anak membina kreativiti mereka den...

Aktiviti Pembelajaran Di Rumah | Homeschooling

Anak-anak mula belajar semasa di dalam rahim ibu. Proses pembelajaran berterusan sepanjang hidup, setiap hari anak-anak belajar perkara baru. Ibu juga belajar perkataan baru seperti 'pencil hot' sebenarnya pencil khat. Aiesyah anak yang kreatif, menghasilkan lukisan ini :) Lukisan membantu menggerakkan daya imaginasi seperti melukis Kak Ros yang ramping ini. Ini pula lukisan ibu... em nampaknya sama sahaja dengan lukisan Aiesyah :) Juga lukisan ibu... :) Aktiviti tampal-menampal menggunakan kertas warna yang digunting dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing. Hakim dengan lukisan 'robot jahat'nya. bentuk bunga-bunga itu dihasilkan dengan melipat kertas warna dan menggunting mengikut corak yang disukai.... lihat hasilnya. Hasil kerja tangan abah dan Hakim Bagaimana dengan lukisan bebas menggunakan warna air? Sila hamparkan tikar di laman rumah sebelum operasi bermain warna air dimulakan. Anak-anak sudah mengambil tempat, ib...

Indahnya Berbudi Kepada Tanah

Pagi Sabtu pagi yang cukup cerah, damai dan menenangkan. Apa khabar anda pagi ni? Ibu doakan anda dalam kesihatan yang baik. Apa perkara pertama yang anda lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur? Berdoa dan bersyukur, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan tugas hari ini, syukur masih ada ibu bapa yang kita masih punya ruang dan waktu untuk berbakti kepada mereka, syukur masih punya suami yang sihat dan baik, bertanggungjawab, syukur ada anak-anak yang boleh kita curahkan kasih sayang. Semuanya syukur, syukur, syukur. Fokus pada kesyukuran (yang banyak) dan bukan kekurangan (yang sedikit) Ibu memandang ke luar, pokok pisang hidup subur di depan sana, tidak lama lagi dengan izin Allah akan mengeluarkan hasil. Pohon buluh madu yang sudah meninggi dan menjadi tempat berteduh ibu waktu petang. Sungguh indah dan tenang pohon ini, pohon yang tiada dosa, sentiasa berzikir kepada Allah. Cerita mula-mula menanam pohon buluh dan pokok pisang di sini . P...

Main Masak-Masak : Roti Sosej

Hari ibu masak nasi air , tengahari anak-anak minta buatkan roti sosej. Jadi kami main masak-masak, kebanyakan proses penyediaan roti sosej ini dilakukan oleh anak-anak cilik ibu 3 dan 5 tahun yang tidak mahu ke sekolah, belajar di rumah dan ini antara pelajaran hari ini ;) Keluarkan roti, rolling bagi nipis, ibu tekan guna tapak tangan jer (aci?) Letak sosej aka frankfurter dan digulung kemas (sosej ibu potong dua kerana bimbang tidak mencukupi) dibimbangi 2 pelajar ini akan menggeletek sesama sendiri. Jadi begini, penggulung utama Cik Aiesyah :) Kemudian sediakan telur yang dipukul, celupkan roti tadi ke dalamnya, pusing-pusing, kerja ini biar cikgu yang buat yer kerana dibimbangi telur akan melimpah ruah ke luar pinggan. Sekarang masa untuk menggoreng, ini juga cikgu yang lakukan, anak murid lihat sipi-sipi sahaja :) tidak sempat mengambil sebarang gambar sewaktu menggoreng, tengok ni, ini pun sudah agak kegelapan sedikit Mari kita memotongnya bersama-...

Western Day

Semalam makan nasi berlaukkan udang masak lemak kuning, ala-ala macam masak cili api juga tapi tiada gambar diambil :) Hari ni sudah plan nak masak spaghetti dan mushroom soup, gigih ibu ke Tesco (ala dekat ngan kedai jer pun) membeli udang, dan bahan-bahan terlibat. Memang western dari pagi ke petang.  Pagi breakfasr dengan mushroom soup dan roti Tengahari pula makan spaghetti :) Sudah agak lama ibu tak masak spaghetti sebab setiap kali nak buat spaghetti mesti hasilnya adalah macaroni goreng..... kenapa pula jadi macam tu? Tanya abah.... Semalam pun bila ibu cakap nak buat spaghetti hari ini, abah pula cakap, buat macaroni lar... kalau asyik macaroni goreng jer, hilang skill ibu masak spaghetti nanti :D Habis licin lencun sup dan spaghetti dimakan kami sekeluarga, tak sempat nak bagi pada jiran sebelah. Umar bukan main makan seurat seurat spaghetti, ada skill menarik makanan macam hirup sup. Petang tadi kami ke Taman Millenium, Kuala Kubu, menarik juga pemandangan di ...

Dinasour mengamuk di Bukit Kiara - Dinosalive

Bismillah, Assalamualaikum kepada semua ibu-ibu dan sahabat yang budiman. Alhamdulillah dapat juga mencoretkan sesuatu di sini hari ini selepas beberapa hari (ke minggu?) tidak mengemaskini blog. Bermula dari modem yang rosak kemudian power adapter laptop, sekarang jalur lebar yang selalu terganggu, dalam 5 minit kena disconnect dan connect semula. Tidak sempat saya ceritakan tentang Mom & Baby EXPO baru-baru ini, selesai expo ibu bawa anak-anak tengok dinasour. Sekarang ini berlangsung Pameran DinosAlive di Pusat Sains Negara, jika tidak salah ianya telah bermula dari Nov 2010 dan akan berakhir hujung Mei ini. Dinasour mengamuk....! Mencari mangsa..... Sudah lama ibu tidak ke sini, kali terakhir semasa bujang atau semasa Hakim masih bayi, entah sudah betul-betul lupa. Nampaknya keputusan untuk melihat dinasour sangat menggembirakan Hakim, dan mungkin tidak bagi Aiesyah dan Umar yang pegang erat tangan ibu dan abah bila melihat dinasour yang bergerak itu. Seronok ke ter...