Skip to main content

Indahnya Berbudi Kepada Tanah

Pagi Sabtu pagi yang cukup cerah, damai dan menenangkan.

Apa khabar anda pagi ni? Ibu doakan anda dalam kesihatan yang baik.

Apa perkara pertama yang anda lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur? Berdoa dan bersyukur, syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan melaksanakan tugas hari ini, syukur masih ada ibu bapa yang kita masih punya ruang dan waktu untuk berbakti kepada mereka, syukur masih punya suami yang sihat dan baik, bertanggungjawab, syukur ada anak-anak yang boleh kita curahkan kasih sayang. Semuanya syukur, syukur, syukur. Fokus pada kesyukuran (yang banyak) dan bukan kekurangan (yang sedikit)

Ibu memandang ke luar, pokok pisang hidup subur di depan sana, tidak lama lagi dengan izin Allah akan mengeluarkan hasil. Pohon buluh madu yang sudah meninggi dan menjadi tempat berteduh ibu waktu petang. Sungguh indah dan tenang pohon ini, pohon yang tiada dosa, sentiasa berzikir kepada Allah. Cerita mula-mula menanam pohon buluh dan pokok pisang di sini.





Pohon serai yang ibu tanam 2 bulan lepas (kot) sudah dapat tuai hasilnya, memang puas hati serai jenis besar, terima kasih Kak Yang jiran ibu yang bagi benihnya.

Bulan lepas abah dan anak-anak buat satu projek lagi tanpa pengetahuan ibu. Projek tanam pohon tembikai... tidak sabar untuk melihat pohon ini membesar dan mengeluarkan hasil. Berapa lama ya? Mari sama-sama kita tunggu dan lihat :)


Gambar ini ibu ambil selepas 2 minggu benih ditanam, sekarang daunnya sudah agak besar, sudah nampak daun tembikai...

Anak-anak bukan main seronok lagi bila benih yang disemai sudah menjadi daun :) 

Pesta Buku KL sedang berlangsung dengan jayanya di PWTC, ibu belum berkesempatan untuk pergi, minggu depan akan jengah jua ke sana.

Apa aktiviti anda hari ini? Semoga memberi kebaikan dan manfaat.

~Berjumpa lagi~

Comments

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Siapa nak Buku Perancangan Kewangan Keluarga? FREE jer...

Ini pertama kali saya bersiaran dari hp lama yg x berapa nak canggih ne :) tapi byk berjasa, taipan akan dteruskan walaupun ibu jari kontot ne da rasa nak krem haha kan best kalu dpt hp yg main touch2 je. Lupakan apa yg saya duk merapu tadi berbalik pada tujuan asal sy nak bg pada sesiapa shj yg berminat dgn buku perancangan kewangan keluarga yg dkeluarkan oleh bank negara. Saya percaya wanita aka ibu atau isteri adalah perancang kewangan terbaik sebuah keluarga ye lah selalunya wanita lah yg pandai beli brg time sale dan buat budget keluarga means byk mana belanja byk mana nak simpan nak dlaburkan dan sebagainya. Buku ni sgt berguna bagi saya dan mungkin juga bagi mereka yg mahu kewangan keluarga lebih teratur. Tawaran ini layak pada yg betul berminat sahaja jgn sebab free anda mahu tapi tidak berbuat apa2, baik dberikan pada yg betul2 nak. Gambar buku saya akan upload kemudian, sesiapa yg berminat bole tinggalkan komen dsini, nyatakan nama, email dan kenapa anda perlukan buku ini. ...