Skip to main content

Posts

Hari Ini Dalam Sejarah 27.11.10 @ 20 Zulhijjah 1431

Sejarah hanya berlaku sekali dalam seumur hidup dan akan dikenang sampai bila-bila. Hari ini bakal menjadi sejarah bagi anak teruna ibu yang sulong ini kerana bakal dikhitankan bersama-sama lebih 150 yang lain. Ibu fikir untuk masukkan nama Hakim dalam senarai peserta yang dikhitankan hari ini beramai-ramai supaya Hakim akan ingat ini sebagai sejarah dalam hidupnya. Biarlah hari ini menjadi antara hari yang istimewa baginya. Muhammad Amirul Hakim, anak ibu yang berani dan cekal, semasa entri ini ditulis, jam 6.00 pagi Hakim telahpun bangun dan sudah siap mandi. Sungguh teruja dia hari ini tidak pernah ada dalam sejarah Hakim mandi jam 6 pagi sebelum ini. Harapnya keterujaan sampai masa berkhatan nanti. Disebabkan perserta diminta untuk berpakaian baju melayu lengkap, maka kami semua sedondon hari ni seperti beraya lagaknya. Dan tempat ini bakal menyaksikan sejarah berlaku. Mungkin juga disiarkan di media, anak bujang ibu mungkin antara paling kecil sebab peserta dibuka da...

Benteng Pertahanan dan Serangan Kewangan

Sesiap yang pernah membaca Buku Jutawan dari Planet Jupiter tulisan Azizi Ali? Ibu tertarik dengan istilah pertahanan dan serangan yang digunakan oleh penulis dalam buku tersebut berkaitan pengurusan kewangan. Dalam pengurusan kewangan terdapat 2 benteng yang sangat penting seperti kita berperang juga: pertahanan dan serangan. Pertahanan sangat penting untuk mengelakkan sebarang kebocoran berlaku, dan serangan untuk menambah baik kebocoran yang ada. Sekiranya kebocoran tidak dielak, maka jenuh lah kita asyik menambah baik sahaja. Buat baik pulih macamana pun tidak akan habis jika kebocoran sering saja berlaku. Kebocoran yang berlaku, picture from google Pertahanan mengawal aliran wang keluar dengan pantas dan deras dan bimbang melebihi wang yang masuk. Seringkali ramai antara kita yang melakukan aktiviti serangan seperti melabur, menambah pendapatan dan sebagainya tetapi jika pertahanan tidak dijaga, maka serangan bertubi pun tidak berguna. Bagaikan anggota tentera di medan p...

Jana Pendapatan Sampingan Melalui Facebook, Blog atau Twiter

Anda ada facebook? Twiter? Atau blog? Gunakan sebaik mungkin untuk jana pendapatan sampingan menerusi kaedah tersebut.   Image dari sini Caranya sangat senang, tanpa sebarang modal. Anda cuma perlu mendaftarkan diri menjadi agent CLC (Agent Comel Lote Collections). Anda mestilah serius untuk menjana pendapatan sampingan. Caranya cukup senang, anda tak perlu keluarkan duit modal untuk belian stock gunakan stock yang ada pada kami sahaja, anda cuma perlu war-warkan di FB, blog atau menerusi Twiter sahaja. Berminat sila email butiran berikut kepada kami; Nama: Alamat: No. Telefon: Cara pemasaran: Nama Blog: Link Facebook Link Twiter: No. Akaun (Maybank atau CIMB): Anda perlu mendaftar menjadi agent CLC dengan syarat yang minimum dan wang pendaftaran RM20 dikenakan sebagai komitmen anda. Selepas ditapis kami akan berikan anda kod agent untuk sebarang order/tempahan pelanggan. Detail produk akan kami emailkan kepada agent-agent. Komisen dari 10% - 20% akan diberikan b...

Passport: Gambar kena Reject

Cerita 2 minggu lepas tak sempat nak cerita, tapi nak kongsi juga hari ni :) Kami plan nak buat passport anak beranak, jadi sehari sebelum ke Pejabat Imigresen, kami semua ke kedai gambar berdekatan untuk ambil gambar passport dengan kos RM15 untuk 8 keping gambar. Sampai di kedai gambar jam 8.30 malam kedai pun dah nak tutup tapi staff kat situ setuju untuk snap dan collect esok pagi. Cara staff ambil gambar macam kitorang ambil gambar suka suki di rumah sahaja. Anak duduk di kerusi dan staff ambil gambar sambil berdiri dengan camera digital biasa sahaja (memang begitu kah?) Esoknya kami datang, dan ibu sedikit tidak puas hati dengan gambar ibu yang agak gelap, latar biru muda jadi biru gelap dan gambar Umar yang matanya memandang ke atas. Ibu minta staff cek 2 gambar yang diorang snap Umar semalam (masa snap tu pun ibu agak tidak puas hati sebab kedudukan mata umar tidak betul-betul mengadap kamera) ibu dah minta diorang snap lagi sekali, tapi dia cakap ok dah yang tadi kak. ...

Sambutan IdulAdha dan Doa Selamat Bersama Anak-Anak Yatim

CRAYON Team mengajak semua ke Sambutan Hari Raya IdulAdha dan doa selamat bersama anak-anak yatim Asrama Damai, Kuang, Selangor. Untuk maklumat lanjut sila ke blog Pnut

Eid Mubarak 1431H

Sekarang jam sudah 10.02 pagi, abah ke surau berdekatan 4 ekor lembu akan dikorbankan hari ini, hakim dan aiesyah juga turut sama nak tengok orang potong lembu kata mereka. Sementara Umar tidur, ibu boleh mengadap sekejap. Menu hari ini nasi minyak dengan gulai ayam dan acar timun campur nenas, sambal lupa nak buat... boleh? Gigih ibu bangun jam 2 pagi siapkan gulai dan acar, duk fikir apa lagi nak buat, lupa pasal sambal... pagi ni masa makan baru perasan sambal lada tak ada. Selamat Hari Raya Qurban pada anda semua, jika di kampung hari raya haji ni meriahnye lain berbanding raya Idulfitri mungkin sebab ibadah korban itu sendiri, jadi 3 hari beraya setiap hari ada sahaja yang berkorban. Jika di negara Kemboja misalnya, mereka hanya dapat makan daging sekali setahun sahaja di hari raya qurban ini, ibadah qurban di kemboja juga lebih murah jika hendak dibandingkan dengan di sini mungkin kerana lembu lebih murah di sana. Abang ipar ibu kali kedua beraya di Kemboja tahun ini m...

Anak 5 Tahun Yang Dah Nak Bersunat

Salam di petang Isnin, semoga semuanya sihat dan sejahtera hari ini. Bagi yang berpuasa hari ini ibu nak ucapkan tahniah banyak ganjaran pahala bagi yang berpuasa di bulan haji ni. Ada tak ibu di sini yang sudah sunatkan anak mereka yang belum bersekolah? Jika di Malaysia ini biasanya anak lelaki akan disunatkan bila telah bersekolah, ada juga ibubapa yang buat majlis berkhatan semasa usia anak hendak menginjak ke 13 tahun. Berlainan dengan sekarang, ramai ibubapa yang telah menyunatkan anak mereka sejak kecil lagi, proses menjadi lebih mudah. Jika di negara Arab rasanya ini suatu kebiasaan kut sebab Ustaz semasa ibu sekolah dulu pernah cerita yang anak lelaki mereka akan disunatkan ketika masih bayi lagi. Bersunat atau berkhitan ini adalah proses membuang lebihan kulit di kemaluan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Anak sulong ibu si Hakim ini dari minggu lepas desak hendak bersunat, ibu cakap tunggu habis sekolah dan selesai majlis Ihtifal (semalam). Pagi tadi bangun dari tid...