Skip to main content

Posts

Selamat Meneruskan Puasa

Bismillah.. Alhamdulillah sudah memasuki 26 Ramadhan. Masih berbaki 3 hari lagi. Apakah sedih akan meninggalkan Ramadhan atau gembira dengan ketibaan Syawal? Lemahnya imanku Ya Allah. Ibu baru beberapa hari puasa. Baby Muhammad Ammar  memasuki hari ke 53. Sudah bulat dan gepu pipi :) Anak-anak sudah teruja mahu pulang ke kampung, maklum sahaja sudah lama kami tidak balik. Pertama kali baby Muhammad akan berjumpa dengan Tokki Tokche dan Tokmek. Selamat meneruskan puasa yang masih berbaki beberapa hari. Keseronokan sambut raya jangan sampai kita melalaikan ibadah yang diberi pahala berganda bulan berkat ini. Banyak sangat kekurangan ibu rasakan Ramadhan kali ini. Anak adalah anugerah dan nikmat yang tiada nilai, namun anak juga adalah ujian bagi ibu. Terlewat solat, susah bangun solat malam, kurang mengaji, dan banyak lagi. Baik, semoga berjumpa lagi. InsyaaAllah.

15 Tips Mudah Bersalin; Kongsi Pengalaman Sendiri

Bismillah walhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Terima kasih Allah Kelahiran anak ke-4, Muhammad ke-3 dalam keluarga kecil kami pada 4.36 pagi Isnin 3 Syaaban 1435H Suatu kelahiran yang dinanti selepas 40 minggu + 17 hari. Ramai yang tanya, tak induce ke? Doktor tak marah ke? Baby ok ke lama dalam perut? Selamatkah? Macam-macam lagi soalan yang keluar semasa menanti kelahiran bayi ini. Sehingga pada mulanya ibu sendiri keliru apakah betul apa yang ibu lakukan dengan hanya menunggu sahaja signal datang. Alhamdulillah itulah yang terbaik bagi ibu dengan sokongan suami, dan keluarga terdekat terutama ibu ayah dan ibu mertua. Allah makbulkan doa mereka supaya ibu dan bayi selamat, InsyaaAllah. Terima kasih juga kepada semua rakan yang mendoakan. Ibu ingin kongsikan tips untuk memudahkan kelahiran atau mempercepatkan proses kelahiran. Natural Inducer bukan dengan menyerah diri bulat-bulat ke hospital dan doktor akan masukkan sejenis ubat yang d...

Toleransi Hidup Berkeluarga

"Asyik aku sahaja yang kena buat semua kerja rumah, habis dia buat apa? Duduk goyang kaki depan tv sambil baca suratkhabar, tolong lah sikit. Nak masak lagi, basuh baju sekolah anak lagi". Bebelan isteri semasa tangan pantas menyapu lantai yang berselerak dengan cebisan kertas hasil seni anak-anak. Situasi yang jarang berlaku, sekarang suami dan isteri masing-masing pandai memainkan peranan, bertolak ansur dalam hal rumahtangga seoiranya tiada pembantu yang menguruskan hal rumah. Keharmonian rumahtangga terletak pada peranan yang dimainkan oleh pasangan suami isteri. Tahu tanggungjawab dan boleh bertoleransi dalam semua hal. Sekiranya mampu, ambil pembantu rumah sepenuh masa atau cukup yang datang satu atau dua hari seminggu. Ada yamg suka menggunakan gadget kerja rumah, bergantung kepada pilihan masing-masing. Setiap keluarga itu unik, setiap pasangan berbeza. Sesekali tinggalkan rutin yang biasa, hantar baju ke kedai dobi, ambil yang sudah siap bergosok. Tempah atau ...

Memulakan Sesi Belajar Membaca Di Rumah Dengan Mudah

Salam Jumaat Anak pandai membaca seawal 5 tahun sudah tidak menjadi perkara luar biasa sekarang, malah ada kanak-kanak yang seawal 4 tahun sudah boleh membaca. Adik Nurani 3 tahun 8 bulan sudah dapat membaca Buku 8 dari siri set Membaca Bacalah Anakku. Artikel berkenaan kaedah fonik pernah disiarkan dalam Harian Metro, artikel ini menemubual penulis serta pengasas konsep fonetik pertama di Malaysia iaitu Puan Nik Eliani dan suaminya Tuan Othman.  Anak yang diajar menggunakan kaedah fonik secara berterusan dapat membaca dalam 3 bulan, malah mudah mengusai 2 bahasa. Kebanyakan pusat membaca mengambil masa paling lama 6 bulan sahaja untuk setiap anak belajar membaca. Untuk baca versi online, mohon klik di sin i . Apabila mengajar sendiri di rumah, ia bergantung kepada berapa kerap sesi pembelajaran itu berlaku. Bagaimana untuk mulakan sesi belajar membaca di rumah? Kajian menunjukkan anak yang diberi rangsangan sejak dalam kandungan seperti dibacakan buk...

Ajar Anak Cepat Membaca Dengan Kaedah Fonik

Hasrat untuk menulis entri yang lebih bermanfaat kepada umum sangat tinggi terutama bidang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah. Saya percaya ibu adalah guru terbaik kepada anak-anak kerana seorang ibu lebih memahami watak dan sikap anak berbanding guru luar. Alhamdulillah sejak ibu berkongsi tentang teknik cepat membaca di blog ini hampir 3 tahun lalu, hampir setiap hari ibu menerima sms atau email bertanyakan tentang buku tersebut. Pembelajaran bukan bergantung sepenuhnya kepada bahan (buku), cara atau kaedah yang betul juga memainkan peranan.  Teknik fonik semakin popular di negara ini, walaupun ianya telah lama digunakan di negara luar. Menggunakan kaedah fonik bukan sahaja memudahkan anak membaca dalam Bahasa Melayu tetapi juga Bahasa Inggeris, dan menulis tanpa mengeja. Cara mudah untuk mengenal kaedah fonik adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF. Contohnya seperti huruf 'a' disebut aaa seperti ayam, api, awan. Huruf 'b' di...

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis. ...

Anak-Anak Mudah Menulis Dengan Bermain Monkey Bar

Alhamdulillah hari ini 1 Disember 2013. Bermakna tinggal 30 hari lagi kita akan memasuki tahun baru 2014. Monkey Bar? Apa tu? Mula-mula mendengarnya ibu ingat Monkey Bar ini adalah satu permainan online. Rupanya tempat anak-anak main gayut-gayut. Ini Monkey Bar Ibu juga baru tahu yang permainan Monkey Bar membantu anak mudah menulis. Ibu baca di blog Puan Nik Eliani  penulis buku Bacalah Anakku dan Read Easy. Di tadika kami ada monkey bar ini, dan ibu perhatikan tidak semua pelajar berani untuk memanjat dan bergayut. Namun ramai juga yang berani beraksi seperti ahli gimnastik, lagak seperti kelawar tidur dengan kepala di bawah dan hanya bergayut dengan kaki. Ada juga yang boleh membuat pusingan badan 360 darjah! Ibu ingat pelajar yang boleh membuat aksi begini hanya mempunyai keberanian yang tinggi dan kekuatan badan terutama di bahagian atas badan. Rupanya aktiviti ini dapat membantu memudahkan anak-anak menulis; 1. Anak-anak mempunyai kekuatan bahag...