ni lah dia rupabentuk hama scarbies tu Saya nak berkongsi dengan anda tentang penyakit kudis buta ini kerana anak saya sedang menghadapinya sekarang, memang kesian sebab kudis buta ini menyebabkan gatal-gatal. Saya cuba mencari seberapa banyak info tentang penyakit kudis buta ini, bagaimana mencegah dan merawatnya. Penyakit Kudis Buta atau Scabies adalah disebabkan oleh sejenis hama Sarcoptes scabie, hama scarbies betina akan masuk ke dalam kulit dan bertelur serta meninggalkan bahan buangannya aka najis. Ini yang menyebabkan alergi dan gatal-gatal pada kulit. Scabies betina ini boleh mengeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula. Hama ni suka tempat yang sejuk, selalunya dia membiak di celah-celah jari, bawah ketiak, siku dan sebagainya. Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan kulit atau menyentuh pakaian atau cadar, bantal,...