Hari ni saya mengulangkaji sedikit buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam nukilan Abdullah Nasih Ulwan mengenai bab Tanggungjawab para Pendidik. Saya memang suka membelek buku ini kerana banyak panduan diberikan kepada ibu bapa seperti saya yang sangat kurang ilmu.
Menjadi seorang pendidik bukanlah senang, tanggungjawab yang sangat besar perlu dipikul tidak kira anda sebagai pendidik di mana pun jua termasuk guru taska, tadika, sekolah, ipt dan juga sebagai ibu bapa.
Antara petikan;
Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya: ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ilmuan dan jauhkanlah mereka dari bercampur dengan irang-orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang yang paling buruk kelakuannya, hormatilah mereka di hadapan ramai, dan cela mereka secara berahsia, dan pukullah mereka jika mereka berdusta, kerana dusta itu menarik kepada maksiat, dan maksiat pula menarik kepada api neraka....

Comments
Post a Comment