Skip to main content

Tips Elak Tekanan (Stress)



Salam semua,

Sejak akhir-akhir ini saya memang suka menulis, mungkin disebabkan oleh tekanan dan saya fikir dengan menulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan saya. Owh I'm in stress?

Stress atau tekanan adalah terma biologi kepada keadaan kegagalan manusia atau haiwan bertindakbalas dengan normal samada dari segi emosi atau fizikal. Saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan stress yang pernah saya baca sebelum ini.

1. Atur gaya hidup
Kaji semua aktiviti harian, tanggungjawab terhadap keluarga, urusan pejabat dan kewajipan lain. Lihat sejauh mana anda mampu menanggung semua itu. Pastikan anda tidak lupa untuk memasukkan peruntukan masa untuk diri sendiri! Aturlah gaya hidup dan jadual harian mengikut kemampuan anda. jangan terlalu memaksa.


Jangan sampai hilang kepala!

2. Terima hakikat
Wahh ramai ibu-ibu yang merasakan mereka supermoms dapat melakukan semuanya, terimalah hakikat yang anda tidak perlu menjadi orang lain dan berilah peluang kepada diri untuk berehat.

3. Kawal Diri
Ini yang selalu tak boleh dikawal ni... ! Jika anda merasa stress cuba untuk beristighfar atau tenangkan diri dengan tidak memikirkan bebanan stress tersebut. Alihkan pemikiran kepada perkara lain, jika masih tertekan, cuba lari dari situasi tersebut, ambil wudhuk dan sembahyang, InsyaAllah anda akan tenang... ingat lupakan perkara yang memberi anda tekanan itu sehingga keadaan diri tenang.

4. Dengar nasihat berpada-pada
Saya bukannya suruh anda tidak mendengar nasihat orang lain tapi perlu diingat bahawa kita tidak perlu untuk mengikut semua yang dinasihatkan oleh orang luar... kita adalah orang yang terbaik untuk menentukan apa yang kita perlukan dan apa yang boleh dilakukan.

5. Berkongsi masalah
Sentiasa berkomunikasi secara terbuka dengan orang yang anda percayai.

6. Berehat
Beri peluang kepada diri sendiri unuk berehat. Sepatutnya kita perlukan masa yang khusus semata-mata untuk berehat. Curi masa unuk melakukan apa sahaja yang anda suka, seperti saya lakukan sekarang.

7. Catat masalah
Luahkan tekanan yang anda alami dengan mencatatkan ke dalam buku khas.. diari ke etc. Kaedah sebegini merupakan sebegini merupakan cara yang paling bijak dalam membantu anda meluahkan perasaan dan pada masa yang sama boleh menyelesaikan apa jua masalah yang anda hadapi.


Apa yang anda lihat?

Pernah tengok gambar ni? Jika anda melihat 2-2 binatang yang melompat itu adalah berbeza, maka anda dalam stress! :-D

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.