Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ::INFO

Tempah Bisnes Kad Online

Dah bertahun berniaga baru nak ada business card, eh takper lah daripada tiada langsung sampai bila-bila. Memang dah plan lama nak tempah tapi asyik tertangguh sebab selalu tidak menyinggah ke kedai printing ni. Duk belek-belek dalam internet, terjumpa lah website ni . Ini lah dia bisnes kad yang dihasilkan, tempah hari jumaat lepas, malam tu juga dia email artwork, 2-3 kali juga minta dibetulkan, ini lah hasilnya. Memang puashati cepat dan cekap, hari isnin dia pos selasa dah dapat kat tangan. Harganya boleh tahan murah RM65 untuk 300 keping siap ada matte laminate lagi. Kalau ada yang nak tempah bisness card, kad kahwin, banner, bunting semualah mengenai printing boleh intai-intai website Mat DZ ni. Semoga terus maju jaya yer Mat DZ.

Solat Kilang Segala Ubat

Assalamualaikum dan salam di pagi Rabu... Mengapa solat menjadi salah satu daripada rukun Islam? Jika ada yang mengaku Islam tapi tidak bersolat bagaimana yer? Kenapa Islam meletakkan solat itu adalah tiang agama? Hari ni kita sentuh sikit soal ibadah yer.... sebab solat ni adalah ibadah yang paling sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Setiap gerakan dalam solat mempunyai manfaatnya tersendiri. Solat adalah kilang segala ubat bagi pelbagai penyakit! Kenapa solat diturunkan bagi menyempurnakan kehidupan seorang Muslim? Selepas sekian lama kita mengerjakan solat, sampai di mana pemahaman kita mengenainya? Baca sini untuk kelebihan sujud , hari ni kita tengok kelebihan gerakan solat yang lain. Sumber rujukan 'Diari Hidup Rasulullah S.A.W' 1. Takbiratul Ihram Menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah . Manfaat : Melancarkan perjalanan darah dan limfa, menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke sel...

Bacalah Jika Ingin Menguasai Dunia

Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya. Realiti yang menyedihkan! Sebab itu umat ini tidak bangun! Komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam, dia berkata: "Kita tidak takut dengan Orang Islam. Sebab Orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!" Membaca bukan satu hobi tapi satu tuntutan dan keperluan umpama nafas menuju kejayaan. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah "Iqra'" atau Bacalah! Membacalah kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu, dan ilmu adalah imam kepada segala amalan. Amalan membawa kepada taqwa dan itulah sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat. Dalam 5 ayat surah al-Alaq itu mengandungi 2 syarat, agar membaca mencapai matlamatnya: Pertama: ...

Teknik Memuji Berkesan

Manusia memang mudah nakpak keburukan dari kebaikan yang ditunjukkan seseorang. Ibubapa lebih banyak menegur, memarahi dan menasihati kesilapan anak-anak berbanding memuji kebaikan yang mereka lakukan. Suami isteri boleh bermasam muka kerana sedikit kesilapan, hingga terlupa nak menghitung beribu kebaikan yang dicurahkan selama ini. Jika mahu lahirkan insan cemerlang, tidak kira anak, rakan mahupun pekerja maka perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara nak suburkan kebaikan adalah dengan memuji supaya mereka merasa sernok dan mengulangi kebaikan tersebut. Memarahi seseorang tidak perlukan kemahiran, tapi untuk memuji perlu kemahiran. Bagaimana cara memuji yang meninggalkan kesan kepada anak dan membuatkan mereka mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu, mengulangi perlakuan itu! Segerakan Pujian - Segera memuji semasa kebaikan itu dilakukan. Kalu lihat anak bersusah memegang penyapu dan menguis nasi yang diteraburkan mereka sendiri "Ha... macam ni l...

Maklumat Penting bagi Mereka yang Berkenaan

Maklumat ini penting bagi mereka yang berkenaan: 1. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Tutup16 Mac2010) Jika berminat untuk mendalami bidang pendidikan dan minat untuk mendidik anak bangsa, boleh mohon secara online sahaja selepas mendapatkan no. pin di BSN. Permohonan Online di sini. 2. Jawatan Akademik di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Jawatan Pensyarah, Guru Bahasa, Tutor, Pegawai Latihan Vokasional juga bagi anda yang berminat mencurah ilmu dalam bidang pendidikan. Permohonan secara Online sahaja di sini. 3. Guru Bahasa & Pengajian Sarjana / PHD Ditawarkan oleh kebanyakan IPTA sekarang antaranya UTHM dan UPSI Saya pun teringin sangat nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, rasanya sekarang adalah masa yang terbaik. Umur dah semakin tua :D abang memang galakkan maklumlah ini antara cita-cita yang masih belum kesampaian. Dulu masa dapat tawaran sambung Sarjana di UTHM 2002, saya tolak sebab ayah mintak saya kerja dulu, yer lah waktu tu adik-adik masih...

Tawaran Baju Percuma

Comel Lote Collections ada menawarkan baju percuma di sini , tawaran terhad kepada pelanggan yang pernah shopping di CLC sahaja :D Ini adalah sebagai hadiah kepada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini. Jika diikutkan hati nak bagi kepada semua pelanggan, tapi buat masa ini belum lagi. InsyaAllah doakan semoga dimurahkan rezeki kita semua dan akan ada sesuatu yang istimewa untuk anda. Nantikan kemunculan produk baru di CLC tidak lama lagi. ;)

Perlu Susukan Bayi Dengan Susu Ibu

Bismillah Di pagi hari Rabu ini teringin pula nak ceritakan tentang kisah penyusuan bayi. Banyak juga blog dan forum yang membincangkan tentang penyusuan ibu, kenapa saya tidak mengendahkannya dahulu ketika saya melahirkan anak yang pertama? Saya hanya menyusukan anak pertama dan kedua tidak sampai setahun jagung pun. Mungkin dahulu saya tidak sedar atau separuh sedar akan kepentingan dan khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Saya menyusu kerana naluri keibuan saya :) ya betul, apabila bayi lahir naluri keibuan menginjak-nginjak untuk menyusukan sendiri bayi kerana ada jalinan kasih sayang yang tidak terungkap ketika itu. Saya menyusukan bayi pertama sambil menitiskan air mata kerana gembira melihat bayi selamat selepas berhempas pulas berjuang :)>- Apa yang pasti saya memang menyedari khasiat susu awal ibu yang mengandungi colostrum baik untuk pertahanan bayi. Apabila dilahirkan sahaja, saya maklumkan kepada nurse yang saya ingin susukan anak sendiri. Alhamdulillah saya tiada m...

Rahsia Solat Awal

Saya nak kongsikan email yang diterima berkaitan Kelebihan Solat di awal waktu, semoga bersama mendapat manfaatnya. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim Alumni ESQ Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi... Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang ...

Gerhana Matahari Separa.. Hari ini 3.01 petang

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. Gerhana Matahari separa dijangka berlaku hari ini Jumaat 15 Jan'2010 bermula jam 3.01 petang. Bagi yang beragama Islam digalakkan melakukan solat Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan sebagai tanda kebesaran Allah dan ini jarang-jarang berlaku.

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Wah... senangnya terbang bersama MAS dengan adanya flymas.mobi ! Semuanya di hujung jari anda dan di mana sahaja. Semua perkhidmatan ada di sini dari book flight, check booking, flight status, timetable, luggage tracer (manalah tahu kut terhilang bag pulakkan) even check in pun boleh! (lepas ni nak masuk flight sumer orang duk tunjuk-tunjuk telefon jer lah yer..) Jika tiba-tiba anda teringin nak balik kampung di Kota Bharu, anda ambil je handphone terus taip http://flymas.mobi dan paparan skrin seperti di bawah akan muncul. Anda boleh melihat paparan dengan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Click on Book Flight; choose origin and destination, date, oneway or return ticket and class. Easy with flymas.mobi ! Sungguh cepat dan mudah dengan flymas.mobi anda boleh membuat tempahan tiket di mana sahaja. Flymas.mobi sangat membantu jika anda di saat kecemasan kan? Maklumlah dengan musim tengkujuh sekarang ini, bila berada di kampung anda kena cepat-cepat booking flight b...

Sains... Science

Sains dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan, jika dipisahkan maka pincanglah sains musnahlah kehidupan (ini lagu dan irama). Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “ Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience ” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif” Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjad...

Care 4 Kak Yong - Telah Berjaya

Saya ni tak boleh dengar jika ada sesiapa sahaja dalam kesusahan even sendiri pun bukannya senang sangat huhu... tapi Alhamdulillah diberikan rezeki yang tidak putus oleh Maha Pencipta. Paling penting besyukurlah dengan limpahan nikmat yang telah dan masih diberikan terutama kesihatan, kesempurnaan hidup, keluarga, anak-anak, nikmat hidup yang tiada galang ganti. Nikmat muda sebelum tua, nikmat masa lapang sebelum sibuk, nikmat sihat sebelum sakit, nikmat sewaktu senang sebelum miskin, nikmat hidup sebelum mati. Sticky entry K.siti Supernova: Project Mega Bloggers (Care 4 Kak Yong) anda boleh lihat di sini .Jumlah yang diperlukan untuk Kak Yong adalah RM1100, dan sekarang jumlah itu telah pun mencukupi. Terima kasih kepada semua yang caring. Entry ini sekadar untuk berkongsi "Sharing is Caring" kan?

Anda Pengguna Blogspot!

Jika anda adalah blogger yang menggunakan Blogspot ini berita baik untuk anda... atau mungkin untuk saya saja...? (yang baru tahu tentang mende ni) Blogspot telah release new version latest features on post editor, kepada anda yang tidak gemar dengan html coding tu memang beruntung sangat (macam saya ni la juga..) .... Ada cara yang lebih senang.... Jika post editor anda macam ni maknanya anda telah pun menggunakan latest features... jika belum ada beberapa step mudah untuk mendapatkannya.  Latest features post editor ini amat menyenangkan kerja kerana tidak perlu edit html code. Ada beberapa features baru seperti Strikethrough yang saya sgt suka dan memang duk cari, dan Jump break untuk expandable posting. Langkah untuk mengaktifkan latest features Post Editor; 1. Login ke blogger - dashboard 2. Klik setting > basic 3. Scroll ke bawah cari Select Post Editor 4. Tick pada Updated editor - Check out the latest features ! 5. Save Setting Done! Anda boleh cuba new...

Fikirlah Cara Positif

Setiap hari ada saja peristiwa yang berlaku kepada kita kan? Tidak kira lah samada peristiwa suatu yang manis atau pahit. Dalam kehidupan setiap insan, memang tidak lari dari menghadapi pahit maung dan kegagalan. Apabila berlaku suatu perkara yang dukacita maka kita akan bersedih, sebagai manusia kita ada hak untuk bersedih. Bersedih sekejap itu adat manusia tetapi jika bersedih sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun itu sudah menjadi suatu kemurungan yang berpanjangan. Yang membezakan manusia itu seorang yang kuat atau lemah ialah bagaimana seseorang menghadapi kesedihan atau kemurungan. Manusia yang kuat akan segera bangun dari kekecewaan dan bangkit unuk mengharungi hidup ini. Untuk bangun semula kita perlu tanamkan perkara-perkara positif dalam diri contohnya "Saya seorang yang kuat semangat!" atau "Mesti ada hikmah di sebalik perkara ini" Mahu atau tidak untuk terus bangkit kita perlu mencari yang positif dalam diri, setiap yang berlaku itu telah berlalu, ...

Rahsia Tulisan

Dr Fadzilah Kamsah Kenal pribadi melalui Graphology (Kajian) Grapho ertinya tulisan Logy ertinya bidang ilmu 1. Tekanan i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit 2. Bentuk Tulisan i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) 3. Kecondongan i. Condong ke kanan Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah ii. Condong ke kiri ...

Penyakit Kudis Buta

ni lah dia rupabentuk hama scarbies tu Saya nak berkongsi dengan anda tentang penyakit kudis buta ini kerana anak saya sedang menghadapinya sekarang, memang kesian sebab kudis buta ini menyebabkan gatal-gatal. Saya cuba mencari seberapa banyak info tentang penyakit kudis buta ini, bagaimana mencegah dan merawatnya. Penyakit Kudis Buta atau Scabies adalah disebabkan oleh sejenis hama Sarcoptes scabie, hama scarbies betina akan masuk ke dalam kulit dan bertelur serta meninggalkan bahan buangannya aka najis. Ini yang menyebabkan alergi dan gatal-gatal pada kulit. Scabies betina ini boleh mengeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula. Hama ni suka tempat yang sejuk, selalunya dia membiak di celah-celah jari, bawah ketiak, siku dan sebagainya. Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan kulit atau menyentuh pakaian atau cadar, bantal,...

Tips Elak Tekanan (Stress)

Salam semua, Sejak akhir-akhir ini saya memang suka menulis, mungkin disebabkan oleh tekanan dan saya fikir dengan menulis sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan saya. Owh I'm in stress? Stress atau tekanan adalah terma biologi kepada keadaan kegagalan manusia atau haiwan bertindakbalas dengan normal samada dari segi emosi atau fizikal. Saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan stress yang pernah saya baca sebelum ini. 1. Atur gaya hidup Kaji semua aktiviti harian, tanggungjawab terhadap keluarga, urusan pejabat dan kewajipan lain. Lihat sejauh mana anda mampu menanggung semua itu. Pastikan anda tidak lupa untuk memasukkan peruntukan masa untuk diri sendiri! Aturlah gaya hidup dan jadual harian mengikut kemampuan anda. jangan terlalu memaksa. Jangan sampai hilang kepala! 2. Terima hakikat Wahh ramai ibu-ibu yang merasakan mereka supermoms dapat melakukan semuanya, terimalah hakikat yang anda tidak perlu menjadi orang lain dan berilah peluang kepada diri untuk berehat. 3. Kaw...

Kenapa Perlu Menabung?

Bismillahirrahmanirrahim.. Saya bukanlah orang yang sangat arif tentang pengurusan kewangan, tetapi sebagai ibu dan insan yang pernah melalui kesukaran sewaktu dahulu, saya sangat-sangat menggalakkan anda semua menabung demi masa depan. Jangan terlalu memaksa diri untuk menabung, tetapi jadikan tabiat ini sebagai suatu amalam murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak sedari kecil. Saya percaya ramai di antara kita yang kurang arif atau tidak tahu menguruskan kewangan sendiri termasuk juga saya. Apa yang saya nak kongsi malam ini adalah mengenai tabungan untuk anak-anak atau umumnya memanggil tabungan pendidikan. Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Syawal yang mulia ini di tahun 1430H. Pasti ramai ibu bapa yang teruja membilang duit raya anak masing-masing kan? masakan tidak jika duit raya mencecah ribuan ringgit, persoalannya adakah ibubapa menguruskan wang anak-anak dengan baik? Mengikut kajian, masih ramai ibubapa yang belum membuat tabungan untuk anak secara tetap, dengan k...

Tanggungjawab Para Pendidik

Hari ni saya mengulangkaji sedikit buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam nukilan Abdullah Nasih Ulwan mengenai bab Tanggungjawab para Pendidik. Saya memang suka membelek buku ini kerana banyak panduan diberikan kepada ibu bapa seperti saya yang sangat kurang ilmu. Menjadi seorang pendidik bukanlah senang, tanggungjawab yang sangat besar perlu dipikul tidak kira anda sebagai pendidik di mana pun jua termasuk guru taska, tadika, sekolah, ipt dan juga sebagai ibu bapa. Antara petikan; Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya: ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ilmuan dan jauhkanlah mereka dari bercampur dengan irang-orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang yang paling buruk kelakuannya, hormatilah mereka di hadapan...