Apa dia diet wang? Seperti juga diet makan, kita bukan tidak makan terus tapi menghadkan kadar pengambilan makanan dengan memilih makanan yang berkhasiat dan perlu sahaja. Matlamat diet makan juga jelas samada untuk mengurangkan berat atau mengawal berat badan ideal mungkin juga peka dengan kesihatan kerana badan ini nak guna lama. Kalau boleh kita mahu hidup sihat tanpa gangguan 'kawan' penyakit yang datang menghimpit apabila meniti usia tua kelak ;)
Apakata di tahun ini kita mulakan diet wang juga, sama seperti diet makan kita tidak boleh untuk tidak berbelanja kerana perbelanjaan menampung keperluan hidup. Diet wang cuma perlu dikurangkan atau dihadkan perbelanjaan kepada perkara yang benar-benar perlu sahaja. Bunyi seperti susah kan? tetapi mungkin tidak jika kita mulakan dengan perkara yang mudah terlebih dahulu. Jika dicatatkan aliran wang keluar setiap hari sehingga sebulan, sudah tentu kita tahu ke mana wang kita dibelanjakan paling banyak. Mungkin juga makanan selepas rumah dan kereta? Katakan kita belanjakan purata RM10 sehari untuk sarapan pagi dan tengahari, bermakna kita telah belanjakan RM200 untuk sebulan jika bekerja 20 hari dalam sebulan. Itu belum termasuk makan pizza, kek, coklat, aiskrim, dll yang mungkin melebihi budget RM10 sehari. Apakata tahun ini kita kurangkan belanja makan di pejabat dengan bersarapan di rumah atau membawa bekal makanan dari rumah. Tidak perlu yang susah, mungkin sandwich atau yang bergoreng, boleh juga membawa bekal lauk jadi kita cuma beli nasi dengan sayur sahaja. Bawa bekal air minum dari rumah pasti anda boleh elakkan minum ais dan gula yang kurang elok untuk kesihatan :)
1. Sediakan bawang, halia, cili yang sudah diblend dalam tupperware dan simpan dalam peti ais, pasti masa memasak boleh dijimatkan dan tak perlu berair mata setiap malam/pagi :D
2. Boleh cuba gunakan perencah atau pes makanan segera yang dijamin halal dan bersih penyediaannya
3. Boleh masukkan bahan-bahan dalam breadmaker dan bangun pagi kita sudah dapat menikmati roti yang sedap dan fresh
4. Gulai/rendang/kari/asam pedas boleh dimasak lebih dan disimpan dalam peti ais (sejukbeku) boleh dikeluarkan dan dipanaskan untuk dinikmati di hari yang lain, sebulan pun boleh tahan! sedap seperti baru dimasak cubalah. Makanan sejukbeku sendiri jauh lebih berkhasiat daripada makanan tin yang dibeli.
5. Boleh juga menggunakan slow cooker untuk masak sup atau tomyam, pagi esok bangun boleh terus dimakan.
Cukup untuk setakat ini dulu kali ini, InsyaAllah banyak lagi yang hendak dikongsi.

Jika boleh dilakukan, pasti kita boleh berdiet RM5 sehari, sebulan kita boleh simpan RM5 x 20 = RM100 dan setahun RM1200. Wang lebihan ini kita boleh masukkan dalam tabung khas dan dihujung tahun dengan jumlah ini kita sudah boleh bercuti sekeluarga! ;)Bayangkan berbelas ribu kita boleh berjimat jika kita amalkan diet ini sejak 10 tahun yang lalu ketika kita mula bekerja. Macamana pula dengan makan malam? Jika selalu tapau atau makan di luar sebelum ini, apa kata tahun ini mula berdiet wang untuk makan malam di rumah. Air tangan isteri/ibu pasti lebih terjamin kebersihan dan hubungan kekeluargaan juga bertambah erat. Sedikit tips untuk kita masak sendiri di rumah;
1. Sediakan bawang, halia, cili yang sudah diblend dalam tupperware dan simpan dalam peti ais, pasti masa memasak boleh dijimatkan dan tak perlu berair mata setiap malam/pagi :D
2. Boleh cuba gunakan perencah atau pes makanan segera yang dijamin halal dan bersih penyediaannya
3. Boleh masukkan bahan-bahan dalam breadmaker dan bangun pagi kita sudah dapat menikmati roti yang sedap dan fresh
4. Gulai/rendang/kari/asam pedas boleh dimasak lebih dan disimpan dalam peti ais (sejukbeku) boleh dikeluarkan dan dipanaskan untuk dinikmati di hari yang lain, sebulan pun boleh tahan! sedap seperti baru dimasak cubalah. Makanan sejukbeku sendiri jauh lebih berkhasiat daripada makanan tin yang dibeli.
5. Boleh juga menggunakan slow cooker untuk masak sup atau tomyam, pagi esok bangun boleh terus dimakan.
Cukup untuk setakat ini dulu kali ini, InsyaAllah banyak lagi yang hendak dikongsi.
menarik...:p
ReplyDeletesaya akan cuba ikut petua nih..sbb saya nih jenis boros sikit..haduyai..pape pun thnkx akk..
ReplyDeletesalam Anie,
ReplyDeletetak pernah pulak sy simpan gulai/kari/rendang sampai sebulan. hehe. tapi sy mmg dah lama teringin nak ada breadmaker. cuma hubby je blum beli. huhu
hazliena85: sama2 kita cuba InsyaAllah.. mana tahu ada perubahan besar bermula tahun ini, yer lah sebelum ini kita tidak didedahkan dengan cara bijak mengurus kewangan
ReplyDeleteNur: Makanan jika dibekukan memang boleh tahan berbulan-bulan ala macam frozen food jugaklah, kepok lekor pun sama jika beli dari kampung bawak sini bekukan berbulan2 tahan ;)
thanks for the tips kak anie...
ReplyDelete