Skip to main content

Set Muka Apa Yang Suka Pakai

Saya daripada belajar sehingga sekarang dah anak 3 ni, belum ada lagi set muka yang betul-betul sesuai dengan jiwa raga saya. Saya memang jarang sangat pakai set ni yang ada selalunya facial cleanser dan moisturizer aje. Dah bermacam jenis pencuci dah guna tapi tak nampak hasilnya pun, mungkin guna produk campur-campur atau mungkin juga sebab tak guna satu set.

Set muka yang mana bagus yer? Dulu masa sekolah saya guna pencuci Revell buah-buahan tu sebab tengok kawan pakai, main ikut-ikut aja :) bila dah masuk universiti dah pandai ke Watson, Guardian so tengok yang mana rasa berkenan beli. Cleanser jer saya beli, sebab nak buang minyak-minyak dan kekotoran pada muka yang lain-lain tu saya tak pakai. Nasib baik muka ni bukan jenis yang sensitive, kalu tak mahu naik lagi banyak jerawat batu penuh muka sebab bertukar-tukar cleanser hehe :D

Pernah juga cuba set muka seperti Tia Emilia dan Sendayu Tinggi tapi takde nampak kesan pun, tak gepu putih melepak pun kulit muka saya ni ke sebab guna tak ikut peraturan ;;) . Selalunya cleanser pasti habis dulu, toner dan ntah apa2 krim yang lain tu jarang-jarang pakai, sunblock bila time nak kuar baru tepek pakai. Sekarang sabun Eumora ada sikit lagi nak habiskan, ingat lepas ni nak cuba set lah pulak, InsyaAllah nak guna ikut peraturan sebab baru tahu fungsi toner tu semua :)

Kalu sesapa ada cadangan set muka yang bagus bolehlah dokingsi tapi janganlah mahal sangat, tak ada budget :">

Comments

  1. kak wan, sy dulu pun jenis x konsisten pakai skincare ni, tp umur pun makin bertambah, dah kena start jaga dr skang ni. kalu x mula la naik jeragat etc. Dulu sy pakai clininique tp mahal la, x larat nk mantain hehehe now dah tukar ke skinfood, try ler best: Tp x sure kat klate ade ke tak SF ni...

    ReplyDelete
  2. UmmiNor; betul... 3x.. now umur dah meningkat ni banyak2 jeragat la blackhead, whitehead yg muncul hehe :D

    Skinfood tak pernah try lagi.. mana nak beli, rega? kita kat selangor lah :)

    ReplyDelete
  3. hehehe kak wan, ingat kat klate td sbb sy pun org sana tp dok selangor jugak hehehe. SF ade kat Mines, Alamanda...yg lain x sure, try le...:D

    ReplyDelete
  4. Dulu muka saya banyak jerawat jugak.. ni disebabkan pgunaan produk yg selalu di tukar2.. pastu lepas mencuba produk yg ibu mentua syorkan.. dh nampak kensannya skrg... tp mungkin juga ia bergantung pada jenis kulit kot..yg penting setiap malam pastikan muka dibersihkan dulu sebelum tido.

    ReplyDelete
  5. Zalia: produk apa tu... share lar nak tahu jugak ni... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.