Skip to main content

Krim Rambut boleh Merawat Chicken Pox dan Kudis Buta?

Umar terkena chicken pox baru-baru ni, Alhamdulillah sekarang keadaan bertambah baik, chicken pox pun sudah kering sekarang tunggu masa nak hilangkan parut-parut yang ada. Kan ke ada yang kata kalau kanak-kanak InsyaAllah akan hilang parutnya nanti bila mereka besar.

Tee Tree Oil Cream keluaran HPA yang digunakan untuk sapu dirambut dan kulit kepala bagi yang bermasalah kelumumur rupanya sangat bagus untuk kudis buta, gatal-gatal kulit dan sebagainya. Krim rambut bauan lelaki ini sangat digemari oleh Hakim dan abahnya.
Tee Tree atau Melaleuca alternifolia ini bersifat antibiotik yang dapat membunuh kuman dan mencegah pertumbuhan mikrob
Juga dicampurkan dengan Virgin Coconut Oil yang baik untuk rambut dan kulit. Bersifat alami dan selamat melindungi kulit dengan lembut serta merawat dan merapikan rambut. Antara kelebihan lain;
- Merawat luka-luka kecil
- Jangkitan Funsi
- Bisul/Kudis Buta
- Herpes
- Ruam
- Ketuat/Kutil
- Menghilangkan Jeragat
- Kulat Air dan kaki berbau
- Gigitan Serangga
- Gatal-gatal

Pendek kata inilah krim pelbagai guna yang mesti ada di rumah saya ni. Alhamdulillah memang terbukti selepas menggunakan krim ini untuk merawat chicken pox Umar baru-baru ni. Cepat kering dan nampaknya kesan parut kehitaman pun mulai berkurangan. Harganya pun murah cuma RM13 sahaja. Boleh dapatkan di mana-mana stokis HPA seluruh negara atau melalui saya :D

Comments

  1. tak pernah tahu pulak ada krim rambut yg boleh diguna utk kulit. ada bau tak?

    ReplyDelete
  2. Bauan seperti krim rambut lelaki... tapi ok lah boleh diterima sbb saya pun guna juga sapu di rambut :)

    ReplyDelete
  3. salam kak..saya skrg nie dh kne chiken pox..tgh cari ubat..akak masih ade ke jual minyak rambut nie? kalo ade akak call saya kt no nie 0145906458..mase nie ruam die tgh nk naek kt bdn..muke dh bnyk..gatal2 lak 2..ubat yg doc kasi x bkesan sgt..dh lh sikit jerk..huhu

    ReplyDelete
  4. kak, boley x klu krim ni rawat kudis buta? Saya pki ubat dr. Mcm xder kesan jer.. Nk cuba alternative lainlah. Erm.. Berapa lama yer boley baik klu guna ubat ni?

    ReplyDelete
  5. kak, boley x klu krim ni rawat kudis buta? Saya pki ubat dr. Mcm xder kesan jer.. Nk cuba alternative lainlah. Erm.. Berapa lama yer boley baik klu guna ubat ni?

    ReplyDelete
  6. @Nur Adiba,

    Krim ini boleh digunakan sebagai alternatif, kesannya mungkin berbeza-beza....

    Boleh dapatkan di stokis HPA.. akak tidak pasti masih dikeluarkan atau tidak.

    Harap membantu, terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...