Maklumat ini penting bagi mereka yang berkenaan:
1. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Tutup16 Mac2010)
Jika berminat untuk mendalami bidang pendidikan dan minat untuk mendidik anak bangsa, boleh mohon secara online sahaja selepas mendapatkan no. pin di BSN. Permohonan Online di sini.
2. Jawatan Akademik di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)
Jawatan Pensyarah, Guru Bahasa, Tutor, Pegawai Latihan Vokasional juga bagi anda yang berminat mencurah ilmu dalam bidang pendidikan. Permohonan secara Online sahaja di sini.
3. Guru Bahasa & Pengajian Sarjana / PHD
Ditawarkan oleh kebanyakan IPTA sekarang antaranya UTHM dan UPSI
Saya pun teringin sangat nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi, rasanya sekarang adalah masa yang terbaik. Umur dah semakin tua :D abang memang galakkan maklumlah ini antara cita-cita yang masih belum kesampaian. Dulu masa dapat tawaran sambung Sarjana di UTHM 2002, saya tolak sebab ayah mintak saya kerja dulu, yer lah waktu tu adik-adik masih ramai yang belajar. Sekarang bila sudah bekerja, jika nak sambung belajar kenalah biaya sendiri atau minta suami biayai. Cuma sebab untuk sambung belajar itu berbeza, jika dulu lebih kepada cita-cita sekarang tiba masanya untuk mendalami ilmu. Bila lama tidak terlibat dengan kerja-kerja teknikal yang memerlukan perahan otak, terasa macam kurang pula berfungsi otak ni...
Notakaki; Sekarang ni kepala tengah pening, mungkin tidak cukup makan dan rehat padahal bukannya sibuk manapun buat kerja-kerja sendiri jer, Hutang diri sendiri belum berbayar :)

nak sambung belajar juga.. tapi tak tau la mampu ke tak untuk menghadapi stress .. bila che wan rasa rasa nak sambung ni?
ReplyDeleteummiluqman: InsyaAllah cita-cita tu ada, cuma pelaksanaannya belum... ada perkara yang perlu diperkemaskan dahulu.
ReplyDelete