"Hari ni nak ke mana?" Soalan standard Abang bila tiba hari minggu sebab selalunya ibu lah yang buat plan nak ke sana, ke situ dan ke sinun. Tapi semalam ibu buntu keletihan Aiesyah baru jer baik demam, hari ni Umar pula yang demam dan merengek. Dalam hati ibu nak je cakap Abang bawalah ani pergi bercuti, relaks ke pulau tapi di mulut cakap "Abang decide, we follow".
Tahu bawa kita satu family ke mana? Tasik yang jauhnya dalam 1km dari rumah. Ibu dah boleh agak sebab sejak 2 minggu sudah abah asyik duk cakap nak pergi memancing, tapi hasrat abah tak kesampaian sebab ibu sangat-sangat perlukan abah di rumah bila hujung minggu. Abah memang seorang yang sangat baik hati dan bertolak ansur ;)
Betulker ada orang cakap memancing ni aktiviti untuk orang yang bersabar? Sebab tu ibu selalu biarkan abah pergi memancing sendirian dengan Hakim je. Tak sampai setengah jam rasanya ibu sudah resah gelisah, duduk situ tak kena, duduk sana tak kena. Abang, Ani balik dululah..... haha, Abang senyum dan cakap jom lar balik. Ini aktiviti memancing ke termenung? Rasa macam uk termenung jer kat tepi tasik tu.
Jika ada passion dan minat dengan memancing sudah tentu aktiviti ni boleh releasekan tension dan menyeronokkan terutama bila ikan sudah kena umpan. Tambah menyeronokkan bila dilakukan secara berkumpulan, masing-masing bertanding nak dapatkan ikan yang paling besar. Jika masuk pertandingan memancing hadiah selalunya lumayan, pernah sekali kat sini diadakan pertandingan memancing dan habuan untuk pemenang RM15,000 cash tu diorang bagi. Memang suka sangat tengok kaki-kaki pancing sanggup buat apa sahaja untuk pastikan umpan mereka mengena.
Bila abang pergi memancing, balik mesti dengan hasil. Pernah abang bawa balik ikan keli, ikan patin dan terbaru haritu ikan rohu (kalau tak silap, tak kenal nama ikan) Kalau ikan keli ibu masak cili api, ikan patin buat asam pedas dan ikan rohu haritu buat asam pedas dan masak stim. Emmmm.... sedap! :)
Tawaran Buku Wang Saku 2010

saya suka gak memancing tp masa kecik2 dululah..kat sawah jer..
ReplyDeletesaya ada sorg kawan kaki pancing tp ikan2 yg dia dpt semua dia jual..mmg bleh buat duit.
kat sini pun ada kwn2 yg suka pergi memancing. Diaorg selalu ajak tapi kami dua2 pun tak minat memancing. Betul kot kami tak sabar, tak sabar nak termenung menunggu ikan mkn umpan. hehe
ReplyDeleteieda: oh yeke pandai ieda mancing, emm memang ada yang suka jual ikan yg diorg dapat... tapi kami selalu makan jer.. :D
ReplyDeleteNur: haha... sama lah kita