Skip to main content

Bacalah Jika Ingin Menguasai Dunia

Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya.
Realiti yang menyedihkan! Sebab itu umat ini tidak bangun! Komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam, dia berkata: "Kita tidak takut dengan Orang Islam. Sebab Orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!"


Membaca bukan satu hobi tapi satu tuntutan dan keperluan umpama nafas menuju kejayaan. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah "Iqra'" atau Bacalah! Membacalah kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu, dan ilmu adalah imam kepada segala amalan. Amalan membawa kepada taqwa dan itulah sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat.

Dalam 5 ayat surah al-Alaq itu mengandungi 2 syarat, agar membaca mencapai matlamatnya:
Pertama: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan"
- Ertinya, bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai oleh Allah s.w.t. Membaca mesti didasari dengan niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.

Kedua: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Ertinya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu itu datang daripada Allah. Dan jangan sombong kepada sesama manusia kerana ilmu itu bertujuan memberi khidmat kepada manusia bukan untuk dibanggakan.

-Sedikit petikan dari editor Majalah Solusi

Comments

  1. takutnya bila baca org Yahudi cakap "kita tak takut dgn orang islam sbb org islam kurang membaca". ni lg semangat nak ajak anak2, adik2 dan sedara mara spy rajin2kan membaca.

    ReplyDelete
  2. membacakan jambatan ilmu.... jika tidak membaca, mana nak dapatkan ilmu...

    ramai yg lebih suka membaca majalah hiburan dan mendengar berita hiburan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...