Skip to main content

Saya MC hari ni...

Assalamualaikum,

2 hari lepas urusan rumah dan anak-anak diuruskan oleh suami tercinta, ibu sudah tidak larat dengan sakit kepala, sakit tekak, panas badan semuanya datang dengan pakej. Ibu cakap dengan abah, hari ni ibu nak mc, abah cakap ok tapi ada kerja yang lebih penting maka terpaksalah mc ibu dibatalkan hari ni.

Jangan anggap mc hanya layak utuk pekerja syarikat sahaja kerana yang bekerja di rumah pun perlukan cuti sakit dan rehat yang cukup. Jika ibu tidak sihat bagaimana pula dengan anak-anak? Walaupun masih kurang sihat, ibu masih kuat untuk uruskan rumah dan anak-anak, alangkah bagusnya jika ada yang membantu :).

Walaupun mc kedai tetap di buka seperti biasa, 24jam sehari 7 hari seminggu tanpa tutup kecuali ada masalah dengan medium yang memancarkan siarannya.

Masalah telinga belum baik sepenuhnya, dengan cuaca yang tidak menentu sekarang, kita perlu minum air secukupnya kerana badan kita mengandungi 75% air, lebih kurang sama dengan komposisi air di bumi kan?

Notakaki: Saya mencari individu yang pandai menjahit dengan jahitan yang kemas dan boleh menjahit dengan kuantiti yang banyak, jika ada sila hubungi saya.

Comments

  1. jaga diri bebaik yee... alamak, ruginya, saya tak pandai menjahit.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. aik samalah kita Anie. sy pun tengah sakit tekak dan rasa nak demam. Take Care.

    ReplyDelete
  3. musim sekarang ni wan

    moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. Umi, terima kasih banyak2

    Nur: ye ke? moga cepat baik.. take care

    Mas: terima kasih :) alhamdulillah dah sihat dah ni cuma batuk lambat sket nak pulih sepenuhnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad imbas huru

Bagaimana Hilangkan Kutu Rambut?

Apakah itu kutu rambut? Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia.   Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala.  Telur, atau 'nit' dalam bahasa Inggeris berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis.