Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Salah SMS

Entry di petang Rabu dengan hujan renyai-renyai di luar rumah, udara sejuk dan nyaman menerobos masuk melalui sliding door yang sedikit terbuka. Bersajak lah pulak, sekarang banyak terima sms salah berbunyi begini; Cepat abang balik, air ketuban dah keluar ni! Ni ok lagi daripada "Abang cepat balik, rasa baby nak keluar ni...." Mahunya kita yang baca pun terasa sekali. Ini sms yang kawan saya terima juga dari seorang kawan salah hantar, sepatutnya dihantar pada suaminya. Semalam saya dapat sms begini "Awad, kelas menembak kita kul brape esok?" isk bila pulak saya ambil kelas menembak :D Tadi ada lagi satu sms tersasar bunyi begini "Nape? Col guna no opis lar, nanti habis kredit" Mula-mula ingat tujukan pada saya, tapi no opis mana yang saya nak guna :) lagipun saya takde kredit :D Macam-macam hal, berhati-hati lah masa nak tekan add sender tu, jika sms biasa-biasa macam tu ok lah, jika ayat berbunga-bunga dapat kat kita oleh kawan lelaki yang nak...

Sinar Dhuha

Bismillah Semalam seharian suntuk ibu di luar daerah (KL tu luar daerah Selangor kan? ) untuk selesaikan beberapa urusan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ada sedikit lagi yang belum selesai, InsyaAllah cuba diselesaikan dalam minggu ni. Dulu ibu dan suami mendaftar syarikat perkongsian atas nama " Sinar Dhuha Resources " kerana keberkatan yang ada pada solat Dhuha itu sendiri. Syarikat kecil nampak tak nampak tu menawarkan perkhidmatan rundingan dan khidmat nasihat kewangan Islam. Semalam satu lagi syarikat milikan tunggal didaftarkan atas nama " Comel Lote Collections ". Sudah lebih setahun berniaga baru nak ada syarikat hehe Ini antara target yang ibu nak capai tahun ini, ada lagi beberapa target yang lain yang tidak perlu ibu ceritakan di sini. InsyaAllah bila sudah ada sinar dan cahayanya ibu kongsi yer. Hari ni ibu nak kongsi sikit pasal kelebihan solat Dhuha, sedikit sahaja yer sebab banyak sangat manfaat solat Dhuha ni jika nak diuraikan. Ra...

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Anak Sebagai Kaunselor

Bismillah Sebenarnya ibu sedikit risau nak ceritakan ni, sebab ibu seolah menunjukkan kelemahan diri sendiri. Ibu ni seorang yang beremosi dan kadang-kadang sukar mengawal amarah. Itu diri ibu yang dulu tapi Alhamdulillah berkat beberapa amalan dan kaunselor terdekat ibu menjadi lebih tenang sekarang. Sehinggakan ketika ibu baru berkahwin dahulu, mak ibu pernah bagitau ibu "Suami ani mesti penyabar dapat isteri macam ani ni" Sebab hanya ibu yang lebih tahu dan faham anak mereka kan? Saya tidak kisah lah sebab itu diri saya yang dahulu, azam saya menjadi seorang yang lebih penyabar dan sentiasa tenang dimakbulkan Tuhan, bukan ibu yang buat penilaian sendiri tapi partner ibu yang cakap "Ani telah berubah banyak..... sangat!" Alhamdulillah hanya itu yang mampu ibu ucapkan. Ini kisah beberapa hari yang lalu, kami berada dalam kereta dan ibu mendapat khabar yang kurang enak lalu menunjukkan emosi geram, terlupa pula anak-anak memerhatikan gerak laku kita. Hanya sek...

Bukan Manusia je Main Kayu Tiga, Haiwan pun Sama

Ini fakta yer bukan auta... rupanya haiwan pun sama suka main kayu tiga, tidak tahulah manusia ikut haiwan atau haiwan ikut manusia, tapi sains telah membuktikannya Saintis telah membuat ujikaji terhadap beberapa binatang seperti ikan gapi dan burung puyuh. Ikan Gapi jantan mempunyai warna yang lebih menarik berbanding ikan Gapi betina. Ternyata ikan Gapi betina lebih menyukai ikan Gapi jantan yang telah punya pasangan! Eksperimen dijalankan seperti ini, 3 balang diletakkan bersusun, balang tengah diletakkan Ikan Gapi betina, balang kiri dan kanan adalah ikan Gapi jantan, Gapi jantan balang kiri lebih menarik berbanding Gapi jantan belah kanan. Ikan Gapi betina menuju ke kiri iaitu kepada Ikan Gapi jantan yang lebih menarik, macam manusia jugakan suka yang hensem saja Apabila seekor lagi ikan gapi betina dimasukkan ke dalam balang kanan yang ada ikan Gapi Jantan yang kurang menarik, dengan tidak semena-mena ikan gapi betina di dalam balang tengah tadi berpaling tadah dari ikan g...

Cakap Anak 3 Tahun : Fakta ke Auta?

Anak yang berusia lingkungan 3 tahun memang banyak ceritanya, dari A sehingga Z tidak kira di mana sahaja.... Cerita yang bersambung-sambung, ntah bila nak habis :D Bila ibu tanya kenapa bila tengok anak ada kesan di dahi, maka dengan yakin dan bersungguh anak beritahu kawannya tolak, sampai jatuh longkang, bila di hari yang lain anak akan cakap cikgu dia pukul :P bila ditanya pada cikgunya jawapan cikgu adalah anak kita jatuh sendiri an berhad . Bila ibu tengok alas meja makan ibu sudah jadi rambu-ramba kena gunting oleh si anak yang kreatif (nampak lebih cantik dengan rambu ramba tu..) anak akan bagitau abangnya yang gunting, sedangkan masa tu anak itu yang pegang gunting dan abangnya tiada di rumah. Memori anak-anak sangat kuat, setiap apa yang berlaku, yang mereka tengok yang mereka dengar semuanya dijalin gabung menjadi satu cerita yang menarik. Daripada pembacaan ibu, anak lingkungan usia ini mempunyai imaginasi yang tinggi. Ini bukanah bererti setiap tutur kata anak ada...

Mandi Tak Basah, Makan Tak Kenyang

Istilah tu hampir tepat dengan apa yang ibu rasakan sekarang ni, mungkin lebih tepat begini "Mandi tak puas, makan ala kadar saja" Bila mandi anak-anak sibuk mengetuk pintu bilik air nak kencing, berak segala.... masa ni lah diaorang sibuk beroperasi, itu takper lagi daripada anak kecil yang meraung di depan pintu selagi tidak dibuka. Memang tidak puas merasai nikmat air yang mengalir ke badan. Makan sambil mendukung anak kecil yang tidak mahu duduk di bawah, sambil tu suap pada 3 mulut menyebabkan ibu makan ala kadar sahaja, ada masa tidak sempat nak disuakan nasi ke mulut sendiri pun. Dengan kelam kabut anak kecil yang asyik nak mencapai pinggan, tiba-tiba.... pang...! jatuh berkecai berderai kaca-kaca. Ajak semua masuk ke bilik, abang sebagai pengawal dan tutup pintu rapat supaya anak tidak terkena kaca-kaca yang bertaburan sehingga ibu siap kemaskan semuanya. Sungguh teruji kadang-kadang, abang cepat lah pulang! Jika lah hari-hari begini senanglah ibu nak kuruskan b...

Kelebihan Susu Ibu yang Saya Baru Tahu

Salam di pagi Ahad dan selamat berhujung minggu, ke mana agaknya hari ni yer.... kami di rumah saja patah kaki minggu ni :) Tidak sia-sia ibu ke library minggu lepas dek rumah yang tiada elektrik. Ada sikit tambahan ilmu yang ibu dapat tentang susu ibu. Kalau diperhatikan memang susu ibu lebih cair berbanding susu formula, ada cakap-cakap yang mengatakan jika susu ibu terlalu cair seolah kurang khasiatnya. Pendapat seperti itu tidak benar sama sekali kerana susu ibu memang cair! Susu ibu yang telah diperah jika dibiarkan seketika kita boleh lihat lapisan yang lebih pekat berada di atas dan cair di bawah. Susu ibu mengandungi lebih 80% air, dan lapisan yang pekat itu adalah lebih kepada lemak. Biasanya bila bayi menyusu, susu yang mula keluar sangat cair, kerana ia mengandungi banyak air sebagai penghilang dahaga kemudian barulah yang lebih pekat dan mengenyangkan. Susu ibu juga berubah mengikut cuaca, ini lah khasiat dan kebaikan semulajadi yang telah Allah kurniakan kepada semua...

Rindu Pada Abah

Assalamualaikum, Di petang begini jika dapat minum teh dengan keropok lekor panas-panas mesti nyaman kan.... jika ada keropok lekor Tok Beng lagi best! Umar sudah dibuai mimpi selepas rengekan demi rengekan tadi, hakim dan aiesyah pula bermain basikal di luar bersama kawan-kawan, ibu mencari teman bicara di sini, sunyi rasanya bila partner tiada di sisi. Abah ada kursus sekarang ni, alangkah bagus jika kami berdua bekerja sendiri, InsyaAllah suatu hari nanti Working At Home Parent. Bila-bila nak bercuti, balik kampung, atau shopping tidak ikut masa kerja lagi semuanya diatur mengikut jadual kami sendiri. Jika ibu yang bekerja sendiri ini beriya nak ke mana-mana tidak jadi juga jika abah tidak dapat cuti atau terpaksa bekerja. Walaupun agak kelam kabut dengan karenah anak bertiga tanpa abah ni tapi ibu tidak ada masalah, InsyaAllah anak-anak ibu semua bagus, mendengar cakap dan boleh bertolak ansur. Kelakar tadi bila tengok hakim dan aiesyah bermain bersama, hakim menjadi kuda ...

Woody Wood Pecker

Suka tengok kartun tak? Mesti tahukan kartun ni, yang lari laju dan selalu kena kejar dek serigala (kut). Dulu masa sekolah kami semua ada nama kartun gelemer, .. watak kartun ikut nama pangkal namanya... :D macam saya ni W tu yang jadi Woody Wood Pecker, N jadi Ninja Turtle, F jadi Flinston. Ni antara kartun yang femes dulu-dulu. Teringat pulak kat kawan-kawan sekolah, dah lama tak jumpa. Hari ni kurang mood untuk berblog, blog kawan-kawan pun tak sempat nak singgah. Semalam masa di library ada gambar menarik yang saya snap.... saya update nanti yer. Jika namanya library sudah tentu kena diam dan tak boleh ada muzik katak dan apa sahaja binatang sebab mengganggu, yang menghairankan saya bila di library semalam ada iringan lagu yang dipasang menerusi telefon bimbit. Tidak lah mengganggu sangat sebab saya pun baca santai-santai sahaja tidaklah nak ambil exam pun. Sekadar renungan, tiada kaitan dengan tajuk Selamat berhujung minggu yer...

Nak Tutup Blog Ni...

Assalamualaikum... Kadang-kadang rasa macam nak tutup jer blog ni.... saya tiada idea nak menulis.... boleh bagi cadangan apa yang saya nak tulis kat sini? Semalam rumah bergelap lagi itu yang tak dapat update, pergi ke library mencari buku baru tapi buku yang ada adalah buku-buku lama, buku baru banyak novel sahaja... saya kurang gemar baca novel, kecuali ayat-ayat cinta :D Tak dapat nak bersiaran lama sebab banyak kerja yang pending.... InsyaAllah jumpa lagi.

Tiada Update Tentang Makanan hari ni

Boleh pulak buat tajuk camtu...? Sebenarnya ibu puasa hari ni sebab tu tak mahu lah cerita pasal makanan... ada jugak dalam draft tu nak bagi resepi asam pedas rasa sayang ibu... haha asam pedas paling simple di alam semesta Alhamdulillah dapat teruskan puasa yang masih berbaki, minta diberi kekuatan oleh Allah untuk menghabiskan sebelum datangnya Ramadhan. Bila ibu puasa sudah tentu abah pun kena puasa sama, puasa pun nak berteman baru meriah bila berbuka... anak-anak akan join berbuka skali lagi lah meriah. Pahala pun InsyaAllah sama-sama dapat di bulan Rejab penuh keberkatan ni. Sebelum tu nak bagitau kalau ikutkan bulan Hijrah, semalam dah genap usia perkahwinan ibu dan abah 7 tahun, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami dalam perjalanan menuju rahmat dan redha Allah S.W.T. Gembira betul bila semalam cikgu nursery tempat Umar dan Aiesyah belajar dan dijaga beritahu ibu bahawa anak-anak ibu sungguh baik dan sangat mudah dijaga, tiada masalah langsung. Bukan...

Solat Kilang Segala Ubat

Assalamualaikum dan salam di pagi Rabu... Mengapa solat menjadi salah satu daripada rukun Islam? Jika ada yang mengaku Islam tapi tidak bersolat bagaimana yer? Kenapa Islam meletakkan solat itu adalah tiang agama? Hari ni kita sentuh sikit soal ibadah yer.... sebab solat ni adalah ibadah yang paling sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Setiap gerakan dalam solat mempunyai manfaatnya tersendiri. Solat adalah kilang segala ubat bagi pelbagai penyakit! Kenapa solat diturunkan bagi menyempurnakan kehidupan seorang Muslim? Selepas sekian lama kita mengerjakan solat, sampai di mana pemahaman kita mengenainya? Baca sini untuk kelebihan sujud , hari ni kita tengok kelebihan gerakan solat yang lain. Sumber rujukan 'Diari Hidup Rasulullah S.A.W' 1. Takbiratul Ihram Menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah . Manfaat : Melancarkan perjalanan darah dan limfa, menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke sel...

Exercise - When You Dance

Ini cerita ibu zaman muda-muda dulu.... suka sangat menari eh, bukannya terror sangat tapi sekadar untuk exercise di hujung minggu lah terutamanya. Dulu semasa belajar ibu tinggal dengan housemate yang sudah bekerja, diorang sambung master sambil bekerja ada yang jadi tutor ada yang RA. Aktiviti hujung minggu kami sudah tentu membuang lemak-lemak di badan dengan exercise kadang-kadang pi jogging. Ketua senamrobik kami biasanya Paula Abdul fuh best tapi sekejap jer lah sebab penat menari ni sebenarnya, bila dah dapat step baru syok. Banyak nyer exercise jenis tarian salsa, mambo.. aha latin lah kebanyakannya baru lah tidak bosan dan menyeronokkan, tapi lepas kahwin aktiviti seperti ini tidak lagi diteruskan kenapa eh..... Malu kut sebab bila husband tengok, kalu sorang-sorang ok lar... bila ada anak-anak ni lagi lah tak buat, haritu jumpa balik cd lama Fat Blaster Goes Latin, ahai teringin nak cuba balik. dah lama tinggal boleh lagi ker... Tapi kalu buat dah tentu waktu ibu du...

Ni Baru Betul Buat Laksam

Haritu saya letak resepi laksam , tapi itu bukan yang saya buat, saya salin resepi dari radio dan carik gambar dari en. google. Semalam saya cuba lah buat laksam sendiri..... jadik! tapi resepi tu ada saya ubah sket. Guna sukatan cawan camni lebih senang... eh 4 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung jagung (tepung pulut takde, cuba buat ni menjadik juga) 5 cawan air Gaul semua bahan bagi sebati dah tiada ketulan, biarkan sekejap. Kita buat kuah dulu... 1 paket santan (yang 2.50 tu) 6 ekor ikan selayang  1 sudu besar lada hitam - ditumbuk 2 ulas bawang - ditumbuk (saya guna bawang merah jenis besar yg murah tu, kalau bawang kecil kena lebih) 2 asam keping Garam secukup rasa Ikan rebus dulu dengan sedikit air (kalau bakar lebih sedap) ketepi ikan, asingkan tulang dan tumbuk isi ikan Masukkan santan dalam lebihan air rebusan ikan, dan tambah air sedikit (agaklah dengan laksam yg ada) Masukkan isi ikan yang ditumbuk, lada hitam, asam keping dan sedikit garam. Tutup api bila kuah ma...

3 Tahun Telah Berlalu

Aiesyah sudah genap 3 tahun hari ni........ Ramai keluarga kami yang lahir bulan June, bermula dari Umar, abah, Aiesyah hari ni, kakak ibu, mak dan ayah ibu. Kami plan nak buat sambutan juga tahun ni secara kecilan tapi tidak berkesempatan, InsyaAllah ada rezeki kami nak balik kampung bulan depan dan adakan sedikit jamuan di sana bersama tok che' dan tokki. Tepi longkang jugak dia nak posing :) Aiesyah anak ibu yang comel lote ni selamat dilahirkan pada 21 Jun 2007, 2 hari lebih awal dari duedate dan pada hari check up. Sudah terasa ombak-ombak contraction pada pagi Khamis hari tu, memandangkan check up pukul 11am jadi ibu bersiap dalam pukul 8 sampai hospital pukul 9 pegi makan dulu kenyang2 pastu baru gi jumpa dr dalam kul 10. Masa check up dr cakap bukaan dah 4cm, terus jer suh masuk labour room. Dari awal mengandung sehingga minggu ke-38 kedudukan bayi berubah-ubah, risau juga bila dr cakap kedudukan anak songsang, walau anak kecil pun jika songsang, dr terpaksa ca...

Anak Mengajar Sabar

Assalamualaiku dan selamat pagi Isnin semua, selamat bekerja semoga minggu ini lebih baik daripada minggu sebelumnya. Hari ni nak sentuh sikit tentang anak-anak yang banyak menguji kesabaran ibubapa. Mak ibu pernah beritahu ibu dulu, jika nak tahu sabar ke tidak seorang tu tunggu dan tengok bila dia ada anak nanti. Memang betul pun, jaga anak orang lain tidak sama dengan anak sendiri. Jaga anak sendiri memang sedikit sebanyak menguji kesabaran kita. Anak-anak ni bila dengan orang lain elok jer dengar segala arahan tapi bila dengan ibubapa depa adalah lenggok-lenggoknya nakkan perhatian dan kasih sayang yang tidak akan sama jika depa bersama orang lain. Teringat semalam sewaktu ibu beli sedikit lauk untuk keluarga, kakak yang jual lauk tu tak habis-habis duk membebel pada anak perempuannya berusia 8 tahun sebab tak dengar cakap, asyik main saja. Apalah yang anak 8 tahun akan buat bila ada masa lapang di cuti sekolah kecuali bermain. Saya agak terkilan juga bila kakak tu berkata be...

Anak Kencing Malam

Anak yang kencing malam boleh ditakrifkan anak-anak yang tidak dapat mengawal atau menahan dirinya untuk membuang air kecil dan ini sangat berkait dengan kematangan urat sarafnya. Untuk detail tentang kencing malam boleh lihat di sini . Pasti ibubapa yang mempunyai anak yang kencing malam berasa tidak senang hati bila kerap perlu mencuci tilam, toto, tikar dan sebagainya. Anak saya juga kadang-kadang kencing ketika tidur, bukannya tidak sedar tapi tidak dapat menahan lama agaknya, jika sedar kami akan cepat-cepat mengajaknya ke bilik air, jika tidak .... selamat. Picture taken from here Masalah ini ada penyelesaiannya dengan Baby Quick Dry . Lapisan atas yang diperbuat daripada Organic Fleece sangat lembut untuk kulit, manakala lapisan bawahnya adalah laminated yang bertindak sebagai waterproof. Quick Dry ini boleh dibasuh dan sangat mudah kering serta digunakan semula. Bagi ibu yang suka menggunakan baby bedding semasa bayi tidur juga sangat sesuai  menggunakan Quick Dr...

Pengalaman Sewaktu Bersalin

Saya pun ada pengalaman sendiri ketika bersalin ketiga anak saya tu. Ketiga-tiga anak saya disambut oleh bidan dan doktor perempuan sahaja, Alhamdulillah..... cuma ada juga pengalaman masa di hospital yang terpaksa berdepan dengan dr. lelaki. Saya tulis ni lepas baca enrty pija pasal susah nak tutup aurat di hospital. Pengalaman masa melahirkan anak sulong saya di hospital kerajaan di terengganu tidak ada masalah sebab saya ditempatkan di bilik satu katil siap dengan toilet yang lebih privasi. Walaupun di dalam bilik, saya tetap juga memakai pakaian lengkap dan bertudung sebab pintu kadang-kadang tidak di tutup dengan betul oleh nurse yang keluar masuk menyebabkan saya selalu mengingatkan mereka supaya tolong tutup pintu. Pakcik guard yang selalu merayau di depan bilik menyebabkan saya seriau juga, jika saya sihat walafiat takde masalah untuk saya bangun dan tutup pintu sendiri. Masa bersalin anak pertama , semua bidan/nurse yang menyambut bayi adalah perempuan sebab saya bersalin...

Sarapan Kami Hari Ni

Hari ni teringin nak makan ala-ala western lar kononya, tapi ada benda yang tak ada maklumlah menu adhock, semalam plannya nak buat nasi lemak. Emm... frankfurter bakar yang anak-anak sangat suka makan, scramble egg lar kononnya (ntah jadi ke tidak) makan dengan roti bersama sos dan mayonis. Tahu tak apa yang tak ada dalam menu ni? Walaupun kacang dengan sos tomato tu takde tapi tetap berselera... Makan apa pagi ni..... jom kongsi-kongsi.

Selamat Hari Lahir Abang

Sudah meningkat matang... tak cakap tua pun yer. Sudah hampir 7 tahun kita hidup sebumbung plus hampir 12 tahun kita berkenalan 'gitu-gitu'. Walaupun dulu hanya berutus melalui surat tidak kenal rupa dan suara, tapi kita tetap setia... Dalam tempoh 32 tahun, terlalu banyak onak ranjau dalam perjalanan hidup abang, abang seorang yang kental, kuat semangat, tidak pernah kenal erti putus asa, lembut dengan kami anak-beranak, tidak pernah tinggikan suara, sangat tenang dalam menghadapi setiap situasi genting, sabar dengan karenah kami. Abang memang matang dari dulu lagi sejak sebelum kawin hingga sekarang beranak 3! Walau dalam apa situasi walau abang tidak mengalah tapi abang menang kerana kematangan. Abang seorang yang tenang tidak pernah tergopoh-gapah dengan sesuatu perkara, berfikiran panjang. Abang seorang yang sabar, dari mula dikenali sehingga hampir 7 tahun hidup sebumbung tidak pernah tinggikan suara tidak pernah merungut walau terpaksa bangun sediakan...

Resepi Laksam

Siapa yang suka makan laksam.... ni antara breakfast yang mesti makan bila balik kampung. Kalau kat sini susah sket nak cari orang jual laksam pagi-pagi ni, kalau ada pun nak yang betul2 kick dengan citarasa saya ni susah sket. Jom kita kongsi-kongsi resepi laksam Laksam - 500gm tepung beras - 800gm air - 1 sudu teh tepung pulut Cara-cara - Gaulkan semua bahan-bahan bagi sebati dan rata (tiada ketul-ketul) jangan terlalu pekat atau terlalu cair - Panaskan periuk kukus, letakkan adunan laksam dalam talam leper atau tudung periuk yang leper tu.. - Talam atau tudung periuk disapu sedikit minyak taknak bagi melekat - Kukus sekejap jer, dalam 5-10 minit kut, tengok macam ada gelembung2 tu boleh angkat dan gulungkan laksam. - Sejukkan dan boleh dipotong untuk dimakan. Kuah Laksam - Ikan Sardin atau selayang (4-5 ekor) - 250ml santan - 1 sudu besar lada hitam dikisar atau tumbuk halus - 5 ulas bawang merah dikisar atau ditumbuk - garam secukup rasa - asam keping Cara-cara ...

Ayah dan Ibu

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat, penghulu segala hari  Hari ini harapnya semua sihat sejahtera dan berada di dalam lindungan Allah sentiasa  Gambar sekadar hiasan - ihsan Google Ayah dan Ibu Ampuni dosa kami semua Ayah dan Ibu Doakan kami dunia dan akhirat Ayah dan Ibu Berkorban jiwa berkorbankan harta Ayah dan Ibu Semoga Allah tinggikan darjatmu Kami cintakan Allah, kami cintakan Rasul Kami sayangi ayah, kami sayangi ibu Hari ni hari ibu kah? hari bapa kah? Oh tidak.... Kerana setiap hari adalah hari ayah dan ibu kita kerana itu kita perlu muliakan mereka Sekarang topik pagi ikim.fm adalah ayah dan ibu Itu yang menyanyi kat atas tu..

Setahun Selepas Kelahiran

Jika dikira dalam tahun Masihi maka genaplah usia saya setahun hari ni Saya keluar melihat dunia pada 17 Jun 2009, saya ni bagus sebab masa saya dalam kandungan ibu saya tak ada apa-apa masalah. Ibu saya sakit ala yang contraction memulas dalam perut tu pun sekejap jer, saya keluar pun senang. Ini hari saya dilahirkan, comel tak saya? Saya tenang bila berada di sisi ibu saya sampai nurse yang jaga tegur ibu saya minta diletakkan saya dalam babycot, tapi ibu wat dek jer.... agaknya ibu saya suka sangat peluk saya dengan bau harum saya waktu tu, lagi satu ibu tak puas nak tatap wajah saya yang 9 bulan lebih dalam kandungan ibu. Saya menjadi pelengkap keluarga ibu dan abah, dengan seorang abang dan seorang kakak. Abang dan kakak saya memang selalu menjaga dan pandai bermain dengan saya, tak pernah diorang buat tak elok pada saya. Abang saya tu suka sangat sebab ada geng nak main kut. Takper abang Hakim, nanti bila saya sudah boleh jalan dan berlari kita main bola sama-sama. ...