Skip to main content

Solat Kilang Segala Ubat

Assalamualaikum dan salam di pagi Rabu...

Mengapa solat menjadi salah satu daripada rukun Islam? Jika ada yang mengaku Islam tapi tidak bersolat bagaimana yer? Kenapa Islam meletakkan solat itu adalah tiang agama?

Hari ni kita sentuh sikit soal ibadah yer.... sebab solat ni adalah ibadah yang paling sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Setiap gerakan dalam solat mempunyai manfaatnya tersendiri. Solat adalah kilang segala ubat bagi pelbagai penyakit! Kenapa solat diturunkan bagi menyempurnakan kehidupan seorang Muslim? Selepas sekian lama kita mengerjakan solat, sampai di mana pemahaman kita mengenainya?


Baca sini untuk kelebihan sujud, hari ni kita tengok kelebihan gerakan solat yang lain.


Sumber rujukan 'Diari Hidup Rasulullah S.A.W'

1. Takbiratul Ihram
Menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah.

Manfaat: Melancarkan perjalanan darah dan limfa, menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Kemudian, kedua tangan dirapatkan di perut atau dada bahagian bawah. Gerakan ini menjauhkan kita daripada pelbagai gangguan penyakit sendi, khususnya pada tubuh bahagian atas.

2. Rukuk
Mengembalikan Fungsi Tulang Belakang (Rukuk yang sempurna apabila tulang belakang menjadi lurus, hingga diletakkan segelas air di belakang pun tidak tumpah. Kedudukan kepala sama lurus dengan tulang belakang.

Manfaat: Rukuk menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dengan otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang diletakkan pada lutut merelakskan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk juga adalah latihan kemih (latihan mengawal pundi kencing) bagi mencegah gangguan prostat.

3. Iktidal
Melancarkan Pencernaan

Manfaat: Gerakan yang dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud. Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ pencernaan dalam perut mengelami pengecutan dan pelonggaran secara berganti. Kesannya pencernaan menjadi lebih lancar.

4. Sujud
Mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan.

Manfaat: Lihat sini (sudah dikongsikan)

InsyaAllah kita sambung untuk gerakan solat yang lain pula yer....

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sememangnya amalan ibadat ni penuh dengan hikmah..untuk kita fikirkan dan amalkan..insyaallah

    ReplyDelete
  3. amirah,
    betul memang setiap yang Allah dan Rasul perintahkan ada manfaat utk kita InsyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...