Skip to main content

Senang Masak: Resepi Nasi Air Ibu

Hari ini cuaca mendung tetapi tidak hujan seperti semalam, hujan mencurah-curah. Suasana sunyi dan tenang di sini cuma sesekali kedengaran bunyi ekzos kenderaan.


Pagi semalam mee goreng, tengahari anakanda berdua minta buatkan roti sosej (cara buat roti sosej simple ibu masukkan entry selepas ini) dan petang ibu teringin nak buat nasi air yang macam dijual di kampung halaman ibu, terliur lepas tengok sahabat Masayu upload gambar nasi air dalam laman muka bukunya.

Sumber: google

Alkisah nasi putih yang tidak habis hari sebelumnya, jika tidak dijadikan resepi nasi air maka jatuh ke tong sampah pula, elakkan dari membazir, gunakan apa yang ada.

Pulang dari ambil abang Amirul (dulu Hakim, sekarang dia minta panggil dengan nama ini) ibu singgah kedai runcit membeli beberapa keperluan untuk menyediakan nasi air ringkas, resepi ibu mestilah senang, mudah, ringkas dan sedap!

Bahan utama nasi, letakkan air dan didihkan sampai nasi hancur (kalau guna beras siam susah sket nak hancur)
Masukkan sup bunjut adabi dan perencah sup siam.
Masukkan batang saderi yang dipotong kecil

Bahan tambahan
1. Bawang putih dan bawang mewah, mayang halus, rempah 3 serangkai (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang) goreng dan masukkan dalam nasi yang mendidih
2. Isi ayam dipotong dadu, campur dengan garam dan kunyit dan digoreng, masukkan dalam nasi
(kalau dapat paru atau hati lembu lagi nyaman)
3. Potong dadu lobak merah dan sedikit kentang, masukkan dalam nasi
4. Sedikit kerisik
Dah siap sebati semua (jika mahukan lebih masin boleh tambah garam, perencah sup siam tu sudah masin) boleh angkat dan letakkan ikan bilis goreng dan daun sup/bawang.

Bila sudah digaul, begini jadinya;


Anak-anak punya;


Sekejap jer, sudah... Alhamdulillah, ibu nak lagi!


Jom cuba resepi senang ni, bila nasi sudah betul hancur, proses yang lain tu sekejap jer, tak sampai 15 minit sudah siap.

Resepi nasi air ibu ni dah jadi macam bubur lambuk, sebetulnya nasi air, kuah sup itu dimasak asing. tidak mengapa ini nasi air stail ibu, sebab bila dicampurkan akan jadi begini juga kan? Macam biasa tagline bila ibu di dapur, senang, mudah, ringkas dan sedap.

Selepas ini, resepi roti sosej ibu, senang, mudah, ringkas, cepat dan sedap! Yang penting anak-anak suka :)

Comments

  1. sekali sekala makn moi sedap nihhh..

    tq hadiah dah selamt sampai

    ReplyDelete
  2. sy tok suko sgt buat nasi air jd mace bubur. sokmo meme masok asing kuoh dgn nasi.

    ReplyDelete
  3. @Zie

    Kalau kami selalu pun takpe :)
    Ok Zie harap anak suka ya hadiah tu

    ReplyDelete
  4. @Nur

    Sebetulnya memang nasi air dengan kuah sup asing, ni stail saya jer, sebab nak senang, lepas siap terus habis :)

    ReplyDelete
  5. bestnya makan nasi air panas2 :)

    ReplyDelete
  6. @Eliss Mie

    Wah terima kasih singgah blog akak ye Eliss pun suka nasi air? :)

    ReplyDelete
  7. ingatkan sapa la amirul..hihi..
    sedap nasi air anie tur,tiba2 teringat nasi air restoran husni dpn smaasza tu...hihi

    ReplyDelete
  8. @MamaYatie
    Yer lar yatie, nasi air husni ... lagi satu bila hari pasar malam, beli nasi air kat pasar malam jln kamaruddin tu dengan coconut shake, nostalgia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Raikan Pelbagai Stail Belajar Anak-Anak

Ada banyak cara anak-anak kita belajar. Ada anak yang mudah menghafal, ada yang senang mengecam, ada pula yang ingat dengan pergerakan. Apabila kita kenal pasti anak jenis stail belajar yang bagaimana, maka lebih mudah kita menyusun aktiviti yang sesuai. Sebagai contoh anak yang suka bergerak, mesti banyakkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Melompat, berlari, berjalan, membaling atau menyambut bola pasti menyeronokkan bagi anak yang jenis belajar begini. Apabila mereka bergerak mereka lebih fokus. Yang penting anak-anak seronok belajar dan tidak rasa seperti sedang belajar pun. Adakah belajar membaca hanya duduk dan mengadap buku? Sudah tentu tidak! Apa yang menjadikan suatu sesi belajar itu menyeronokkan? Apabila ada penglibatan semua pihak. Guru dan pelajar atau ibu bapa dan anak-anak. Penglibatan anak-anak dan pelajar adalah lebih berbanding pendidik yang bertindak sebagai fasilitator. Jadikan sesi pembelajaran suatu yang bemakna, anak seronok, ibu b...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Contest - Aksi Si Comel

02 - 20 Nov 2009 HADIAH UTAMA Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM50 + Sehelai t-shirt muslimah untuk ibu ditaja oleh Muslimah Online Shop (bernilai RM40 ) 2 HADIAH SAGUHATI Voucher membeli-belah di Comel Lote Collections bernilai RM10 setiap seorang. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Jadi follower blog ini dan blog 2 penaja contest, add 2 penaja contest dalam blog list anda 2. Letak banner contest ini di blog entry & sidebar dan link kan ke entry ini . Copy html code di sidebar dan tukar width mengikut kesesuaian blog anda. 3. Buat 1 entry dalam blog anda bertajuk Contest - Aksi Si Comel 4. Masukkan 1 gambar si comel anda di dalam entry tersebut. Nyatakan nama , tarikh lahir , umur dan aksi apakah yang dilakukan si comel (mengikut kreativiti anda) 5. Si comel anda MESTI lah berusia 1 hari - 4 tahun . 6. Berikan 1 cadangan/idea bagaimana Comel Lote Collections dan Muslimah Online Shop boleh memberi keistimewaan kepada followers / pelangga...