Skip to main content

Bagaimana Mengawal Emosi Ketika Marah

Bismillah, ibu hilang sabar dengan perlakuan anak yang bermain barang yang ibu ingin pos sehingga terkoyak balutannya. "Boleh tak jangan kacau barang ibu?" marah ibu dengan nada tinggi. Anak menangis dan mengadu kepada kakaknya, "Ibu marah Umar...." terisak-isak. "Tak apa, kak Aiesyah kan ada, mari kita main color-color" pujuk si kakak.


Anak-anak yang normal biasanya melakukan eksplorasi dengan kreativiti mereka sendiri. Terbalikkan cawan mahu melihat hasilnya, owh air tumpah ke bawah, atau menyusun semua bantal di atas lantai dan memijaknya satu persatu sambil berkata "1,2,3, ketuk, sungai ini ada buaya.... lariiiiii...!" Menggunting langsir sehingga terputus dua, melukis bulatan besar di dinding rumah dengan 'high performance' marker!

Ini semua tanda anak normal, lincah, ceria, kreatif. Bila marah anak berlari hingga terhantuk dinding, ada ibu lain yang punya anak tidak mampu berlari mahupun bertatih sendiri. Bila marah anak bermain air sehingga banjir, ingat ada ibu lain yang punya anak hanya berbaring di katil, tidak mampu untuk mandi dengan sempurna. Bila marah anak tumpahkan nasi, ada ibu lain yang punya anak tidak mampu makan atau minum, hanya wayar menjadi medium untuk makanan atau minuman masuk ke perut mereka.

Sebagai ibu normal kita juga tidak terlepas dari memarahi anak, tidak mampu mengawal emosi, memberi tindakbalas yang salah. Emosi sukar dibendung tapi emosi boleh dikawal. Di dalam satu group dalam fb, ada yang memberitahu menggeletek anak di saat marah kerana bila anak ketawa, hilang marah ibu/bapa. Ada pula yang bertanya, bolehkah menggeletek anak di saat marah?
 
Tips ini boleh digunakan bila perasaan marah datang:
1. Diam
2. Lari dari punca kemarahan
3. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan perlahan-lahan, sambil beristighfar


Bila sudah reda, panggil dan peluk anak, beritahu perbuatan mereka yang menyebabkan ibu kurang senang, ingat puji anak terlebih dahulu! Puji sifat baiknya saat itu. Ibu masih belajar kaedah memuji teknik Rasulullah ini, memuji sifat baik dan akibat/kesan sifat baik tersebut.

Rasulullah S.A.W tidak menegur kesilapan, tetapi jika ibu mahu juga menegur kesilapan anak, maka perlu beritahu perangai/sifat apa yang anak perlu perbaiki dan akibat bila sifat itu ditinggalkan/diubah. Ingat! Sifat anak bukan diri anak itu sendiri. 

Ibu kongsikan sedikit panduan daripada Buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam yang ditulis oleh Abdullah Nasih Ulwan. Fasal 4: Sebab-Sebab Penyelewengan Anak dan Cara-Cara Memperbaikinya (f) Perlakuan ibubapa yang tidak baik terhadap si anak.
Antara hal yang hampir semua pakar pendidikan sepakat mengenainya, ialah jika si anak diperlakukan dengan pelakuan yang keras dari ibubapa atau pendidiknya, didera dan dipukul atas sesuatu perkara secara berlebihan, dan sering pula dimaki hamun, dihina dan direndahkan, nescaya suatu tindakbalas akan terlahir dalam perlakuannya. Tanda-tanda takut dan tidak puas hati akan lahir dalam segala gerak geri dan perlakuannya. Boleh mendorong kepada bunuh diri, membunuh kedua ibubapanya, atau melarikan diri, kerana hendak mengelakkan diri daripada apa yang ditanggungnya.
Islam dengan pengajarannya yang kukuh dan kekal, menyuruh sekalian orang yang terletak di bawah tanggungjawab bimbingan dan pendidikan, terutama sekali para ibubapa, hendaklah mereka menghias diri mereka dengan sifat budi mulia, lemah-lembut, belas kasihan, sehingga anak-anak membesar di atas jalan yang lurus, dan terdidik dengan semangat berani berterus-terang dan bebas diri. Supaya mereka merasakan diri mereka berharga, terhormat dan termulia.

Dalil yang menunjukkan Islam di dalam akhlak yang tinggi, mementingkan belas-kasihan dan pergaulan yang lemah-lembut.
"Dan orang-orang yang menahan marahnya, dan orang-orang yang suka memaafkan orang lain, dan Allah sangat suka kepada orang-orang yang berbuat baik" - (Ali Imran: 134)
Sabda Rasulullah S.A.W;
"Sesungguhnya Allah sangat suka sifat berlembut pada semua perkara" - Riwayat Al-Bukhari
"Orang-orang yang merahmati orang lain akan dirahmati Tuhan Maha Rahmat, rahmatilah orang yang di bumi, niscaya kamu akan dirahmati Tuhan yang di langit" - Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi) 

 Terdapat 2 kisah yang diceritakan di dalam Buku ini, satu kisah pengaduan seorang lelaki kepada Sayidina Umar Al-Khattab dan kisah kedua tentang Mu'awiyah bin Abu Sufyan. Ibu kongsikan cerita kedua;
Kisah tersebut di dalam kitab sejarah, bahawasanya Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a pernah murka terhadap anaknya, Yazid, maka dia pun mengirimkan utusan kepada Al-Ahnaf bin Qais bertanyakan tentang pendapatnya dalam perkara mendidik anak.
Maka berkata Al-Ahnaf: Mereka itu adalah buah hati kita, dan tulang belakang kita. Kita laksana tanah yang rendah bagi mereka, dan langit yang meneduhi mereka. Jika mereka minta sesuatu, berikanlah. Jika mereka marah pujuklah. Kelak mereka akan memberimu kesayangan mereka, dan akan berkongsi denganmu rahsia mereka. Dan janganlah engkau menjadi penghalang, niscaya mereka akan merasa jemu dengan kehidupanmu, dan mencita-citakan kematianmu.

Wahai para ibu bapa, berlemah lembutlah dengan anak-anak, berbuat baik kepada mereka, berbelas kasihan, jejakilah mereka jalan yang lurus dalam hal pendidikan dan berikan petunjuk kepada mereka.

Sama-sama mengambil iktibar dan berlapang dada, bagi ibu-ibu jangan sesekali melepaskan tekanan/stress kepada anak-anak. Kawal emosi dan stress, nanti ibu kongsikan di entry yang lain. Semoga bersua lagi, InsyaAllah.

Comments

  1. hmm keno byk lg belajar nak bersabar dgn anok2 ni. Sy pun ado maso tokleh control maroh tu.

    ReplyDelete
  2. betul tuh...kadang-kadang bila dah lama pendam angin naik kepala tak keruan marahnyer.....sian kat anak...tapi mimi selalu pesan kat suami...kalau mimi marah anak....biar en hubby pujuk jgn buat tak tau...begitu sebaliknya.....

    ReplyDelete
  3. kakyong pun sendiri merasa masih byk yg perlu dibaiki utk atasi rasa marah... masih perlu belajar teknik/ cara utk pujuk/tegur anak tentang tindakannya yg salah.. kdg2 anak2 ni memang sengaja menduga.. kdg2 ibunya rasa nak dok diam2 di suatu sudut & menangis puas2... boleh.. ;)

    ReplyDelete
  4. @Nur
    Memang betul kena belajar, mendidik anak bukan senang, terutama untuk kebaikan dan redha Allah.

    ReplyDelete
  5. @Mimi
    Bagus jika sentiasa ingat mengingati... bahaya pendam2 ni :)

    ReplyDelete
  6. @Kakyong
    Kita sama2 belajar kakyong, tegur perbuatan anak bukan anak itu sebab anak kita yang Allah sempurna cuka ada sifat/perilaku yang tidak elok itupun kerana belejar dari persekitaran.

    ReplyDelete
  7. Ina baru ada sorang anak lelaki 2 thn.. lasak sangat. Rumah baru pindah 2 bulan tapi takde penuh dah dinding dgn hasil seni. Tak sedar je bila diconteng. Kadang2 sedih bila ada org kata anak Ina nk jd mcm hyperactive tp sebenarnya dia sgt bijak, sgt cepat belajar, belajr dari kesilapan, tahan sakit, cuma sering cari petunjuk dan mohon spy Allah tingkatkan kesabaran ibu n ayahnya ini.

    ReplyDelete
  8. KyLeLina
    Tahniah kerana mempunyai anak yang sihat dan cergas, ramai kawan2 kita yang bertahun kahwin tapi belum lagi dikurniakan cahayamata.

    Semoga Allah memberi kesabaran kepada kita semua dalam mendidik anak-anak, InsyaAllah. Bila Allah sentiasa di hati, InsyaAllah semua perkara senang diatasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...