Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tanggungjawab Para Pendidik

Perlukah Anak Bijak Membaca Sebelum Masuk Darjah 1?

Pernah dengar katanya anak nak masuk darjah satu kena pandai membaca. Hakikatnya ramai sahaja anak-anak pelajar yang masih belum dapat mengusai kemahiran membaca sebelum usia 7 tahun. Apabila anak dapat menguasai kemahiran ini sebelum masuk sekolah, itu satu bonus. Namun jika tidak jangan murung ibu-ibu. Anak perlukan waktu untuk menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira) Ibu pernah kongsikan dalam entri ini , bagaimana anak sulung belum pandai membaca lagi sebulan nak buka sekolah, masuk darjah satu. Kita boleh usaha, namun jangan paksa keterlaluan hingga menyebabkan anak hilang minat untuk belajar, lagi teruk apabila keyakinan diri mereka semakin menurun. Memang betul, ada yang kata anak yang menguasai kemahiran membaca lebih mudah menguasai ilmu. Itu dulu kerana kebanyakan ilmu disampaikan melalui medium buku. Namun sekarang, banyak medium lain yang telah meendahului, terutama teknologi di hujung jari. Tidak bermaksud ibu setuju anak dibiarkan menonton youtube s...

Bengkel Kreatif HOTS (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

Saya dapati kanak-kanak berusia 3 - 12 tahun suka apabila kita membacakan buku cerita bergambar dengan gaya HOTs. Apa itu HOTS? Kemahiran dan respon kita bertanya dan bertindakbalas dengan soalan yang merangsang daya fikir anak-anak. Bagaimana kita bertanya dan bertindak balas sebelum, semasa dan selepas bercerita banyak memberi kesan. Ia satu cara menanam nilai dan menajam persepsi kanak-kanak. Kesan amalan HOTS kepada kanak-kanak: - kanak-kanak berfikir - kanak-kanak menerbit idea - kanak-kanak berupaya menyelesaikan masalah dengan cara mereka. Peranan ibubapa sebagai pembimbing, pendorong, pemudahcara dengan memberi input-input bermakna kepada anak-anak. - Puan Fatimah Haslina EduModule dengan kerjasama Puan Fatimah Haslina akan mengadakan satu bengkel kreatif HOTS pada 29 Mac ini. Objektif utama bengkel untuk memperkenalkan teknik HOTs ini kepada ibubapa dan bagaimana guru dan ibubapa boleh menggunakan beberapa teknik untuk merangsang kemahiran berfikir anak-anak. Pe...

Bahasa Dan Budaya Tinggi

Sebagai ibu yang bekerja, saya terpaksa menghantar anak-anak di bawah jagaan pengasuh. Apabila anak-anak pulang, saya mendengar berbualan dan percakapan anak-anak sesama mereka. Lain macam bunyinya. Jarang anak menuturkan perkataan yang tidak elok di hadapan kami kecuali ketika mereka marahkan sesuatu. Saya tahu ada yang tidak kena. Anak saya sudah mula menuturkan bahasa melayu rendah. Mustahil anak-anak menuturkan sesuatu yang tidak pernah didengar. Saya membuat kesimpulan bahasa rendah ini adalah ikutan daripada mendengar perbualan orang yang lebih dewasa secara langsung atau menonton filem yang rendah akhlaknya. Bercakap menggunakan bahasa rendah semakin menular di dalam masyarakat. Bagaimana untuk memperkayakan masyarakat dengan bahasa melayu tinggi? Saya percaya orang yang bercakap menggunakan bahasa yang baik-baik adalah orang yang baik-baik. Bangsa Melayu adalah bangsa yang tinggi nilai budayanya. Ini antara perjuangan Rangkaian Tadika ABS mengamalkan baha...

Teknik Mudah Belajar Mengaji Quran

Ibu dulu belajar mengaji menggunakan Muqaddam, kalian belajar mengaji bagaimana? Kaedah Muqaddam adalah teknik yang digunakan dahulu, sekarang ini banyak kaedah yang diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran al-Quran. Tujuan semuanya sama untuk memandai kita membaca Quran. Terdapat lebih 16 kaedah telah diperkenalkan di Malaysia, antara yang popular Iqra', Qiraati, Al-Barqy, Al-Matien (Ustaz Zamri), Al-Baghdadi, dan banyak lagi termasuk kaedah Muqaddam. Itu belum lagi termasuk belajar secara interaktif menggunakan CD seperti e-Iqra' dan Quran Digital yang banyak dijual di pasaran. Walaubagaimanapun, bagi ibu tiada teknik terbaik kerana teknik terbaik adalah yang paling sesuai dengan seseorang individu itu. Setiap individu berbeza teknik terbaik masing-masing. Bagi ibubapa dan pendidik, menggunakan pelbagai kaedah atau teknik pembelajaran dapat membantu anak/pelajar menyesuaikan diri dengan teknik yang disukai. Hakim mula belajar quran secara formal ket...

Home is Cool! Better Than School

Pagi Sabtu yang tenang dan nyaman, cuaca redup di sini, matahari malu-malu untuk menampakkan diri. Sesekali gerimis menambahkan lagi suhu nyaman. Anak-anak awal pagi sudah bangun, sudah terbiasa walaupun hari cuti sekolah. Ibu selalu ingatkan abang Hakim bangun awal untuk solat Subuh. Ibu mencari idea memulakan sekolah di rumah yang cool dengan pembelajaran yang menyeronokkan. Memandangkan Umar tidak mahu ke Playschool, 1 hari pergi, 4 hari di rumah. Bangun awal bersiap tapi lepas ibu hantar Aiesyah je, mula lah si Umar dengan pelbagai cara menarik minat ibu supaya membawanya pulang. Aiesyah pula ke tadika dengan jadual sendiri, formulanya senang seperti ini, hari ini sekolah, esok tak sekolah, kemudian sekolah, pasti tak sekolah. Nampaknya Aiesyah lebih pandai mengatur jadualnya sendiri. Ibu sendiri tidak pasti apa yang berada di fikiran anak ibu 5 tahun ini.  Pernah ibu tanya,"Sekolah best atau rumah best?" Jawab Aiesyah,"Rumah lagi best" ...

Teknik Tidak Menegur Kesilapan Anak

Bismillah.... Ya Allah berikan kami kebaikan hari ini, berjumpa dengan orang yang baik-baik sahaja, dapat menambah nilai hidup orang lain dengan izinMu Ya Allah. Bukan senang menjadi penulis (berangan menghasilkan buku panduan best-seller!) Memerah idea dan meluahkan dengan kata-kata yang tersusun dan baik bahasanya. Menulis dengan tenang di waktu sunyi tanpa gangguan sesiapa, seperti sekarang ini. Target ibu untuk aktif menulis di blog sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, bukan sekali seminggu ya! 3 kali diambilkira bila menulis perkara kebaikan yang boleh menambah nilai hidup orang lain atau dengan kata lain pembaca budiman yang dikasihi Allah dan Rasul. Jika ada selingan itu dikira sunat sahaja di sini Pagi ini 14/04/2012 Sports Day di sekolah Hakim, minggu ini straight pakai baju sukan ke sekolah, terpaksa ibu basuh dan jemur di bawah kipas sebab baju sukan ada sehelai sahaja. Seronok betul Hakim excited anak ibu ini, petang semalam Hakim tunjukkan pada ibu di ...

Bagaimana Mengawal Emosi Ketika Marah

Bismillah, ibu hilang sabar dengan perlakuan anak yang bermain barang yang ibu ingin pos sehingga terkoyak balutannya. "Boleh tak jangan kacau barang ibu?" marah ibu dengan nada tinggi. Anak menangis dan mengadu kepada kakaknya, "Ibu marah Umar...." terisak-isak. "Tak apa, kak Aiesyah kan ada, mari kita main color-color" pujuk si kakak. Anak-anak yang normal biasanya melakukan eksplorasi dengan kreativiti mereka sendiri. Terbalikkan cawan mahu melihat hasilnya, owh air tumpah ke bawah, atau menyusun semua bantal di atas lantai dan memijaknya satu persatu sambil berkata "1,2,3, ketuk, sungai ini ada buaya.... lariiiiii...!" Menggunting langsir sehingga terputus dua, melukis bulatan besar di dinding rumah dengan 'high performance' marker! Ini semua tanda anak normal, lincah, ceria, kreatif. Bila marah anak berlari hingga terhantuk dinding, ada ibu lain yang punya anak tidak mampu berlari mahupun bertatih sendiri. Bila marah a...

LAHIRKAN ANAK CEMERLANG!

Ada beberapa perkara yang saya hendak ceritakan sepanjang saya balik kampung tempoh hari dan cerita hujung minggu lepas, cuma belum berkesempatan untuk tekun bekerja keras di depan pc dan khusyuk memerah idea. Sejak kebelakangan ini saya asyik tidur awal sahaja. Di siang hari pula, masanya lebih lapang dengan 2 anak tapi saya seperti lalai asyik meneman Aiesyah di depan tv dan mengulit tangannya bila dia menonton tv dan tidur. Seronok saya merasa seperti ibu beranak dua aje! Umar tidur pun lebih berjadual kerana tiada anasir yang mengacau bila dia hampir-hampir nak terlelap. Banyaaaakkk masa ibu luangkan bersama Aiesyah, sampai dia jadi terlebih manja pulak! Daripada pembacaan, bagi anak-anak, erti kasih sayang bagi mereka adalah masa yang kita luangkan bersama mereka. lebih banyak masa yang diluangkan ibubapa bersama anak-anak, maka lebih erat kasih sayang yang terjalin. Sebab itu berlaku situasi di mana anak lebih rapat dengan bibik kerana banyak masa mereka bersama bibik agakny...

PERCAKAPAN MELAMBANGKAN PEMIKIRAN

Anak-anak adalah acuan ibubapa, jika elok acuan maka eloklah hasilnya, begitu juga jika sebaliknya. Setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi kadang-kadang ibubapa sendiri tidak menyedari kesilapan yang dilakukan. Ada percakapan dan perlakuan yang menjadi ikutan anak-anak sedangkan perkara itu tidak diajar. Sebagai contoh bapa beritahu anak "Nak! jangan cakap aku ko dengan kawan-kawan tak elok" Bila bapa berbual ditelefon "Hello, Ali apa la ko ni, aku baru jer pergi tempat yang ko cakap tu.. bla..bla" secara tidak sengaja, perbualan didengar oleh si anak. Lagi kurang elok jika bapa menggunakan perkataan yang kurang enak didengar sebagai gurauan dan perkataan itu ditiru oleh anak. Begitu juga bila ibubapa bagitau anak "Lepas solat Maghrib mengaji yer.." sedangkan anak tidak pernah melihat ibubapa mengaji. Bagaimana untuk membentuk generasi cemerlang peneraju negara kita yang dicintai ini di masa akan datang. Ini antara contoh y...

Tanggungjawab Para Pendidik

Hari ni saya mengulangkaji sedikit buku Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam nukilan Abdullah Nasih Ulwan mengenai bab Tanggungjawab para Pendidik. Saya memang suka membelek buku ini kerana banyak panduan diberikan kepada ibu bapa seperti saya yang sangat kurang ilmu. Menjadi seorang pendidik bukanlah senang, tanggungjawab yang sangat besar perlu dipikul tidak kira anda sebagai pendidik di mana pun jua termasuk guru taska, tadika, sekolah, ipt dan juga sebagai ibu bapa. Antara petikan; Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya: ajarkanlah mereka kebenaran, sebagaimana engkau mengajar mereka membaca Al-Quran, sentiasa biasakan mereka dengan akhlak yang baik, bicarakan kepada mereka dari syair-syair supaya mereka berani dan bersemangat, biasakan mereka duduk bersama orang-orang yang mulia dan ilmuan dan jauhkanlah mereka dari bercampur dengan irang-orang yang rendah budinya, sebab mereka itulah orang yang paling buruk kelakuannya, hormatilah mereka di hadapan...