Skip to main content

Pertama Kali Menggunakan Skrip Pujian Gaya Nabi Muhammad


Alhamdulillah berpeluang mengikuti Bengkel Mendorong Pelajar Corot Menggunakan Teknik Nabi Muhammad SAW yang disampaikan oleh Puan Siti Khadijah atau lebih dikenali dengan Ustazah Siti Khadijah. Beliau adalah pengamal teknik mendorong gaya Nabi Muhammad dan hasil sentuhan teknik tersebut pelajar corot menjadi pejaya. 

Ibu mengikuti blog Ustazah Siti Khatijah, Puan KhairulAniza dan Puan Nurul Hidayah sejak tahun lepas. Ibu kagum dengan usaha yang dijalankan oleh Tim Pengkaji Hadis Psikologi yang diketuai oleh Pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd. Ibu percaya sekiranya teknik mendorong gaya nabi ini diperluaskan dan digunapakai oleh semua orang terutamanya yang terlibat dalam bidang pendidikan, semua pelajar boleh menjadi pejaya. Cemerlang dari sudut akademik dan akhlak.

Teknik mendorong ini sesuai untuk ibubapa aplikasikan di rumah untuk anak-anak, juga sesuai untuk pasangan masing-masing.

Hari ini ibu aplikasi beberapa skrip menggunakan teknik pujian gaya nabi;
- Cari 1 kebaikan
- Puji kebaikan tersebut (puji usaha, sifat, tingkahlaku)
- Nyatakan impak

Sebenarnya ibu pernah menggunakan skrip pujian mengikut gaya nabi tetapi tidak begitu memberansangkan, mungkin kerana ibu tidak menggunakan teknik yang betul, Alhamdulillah dengan menghadiri bengkel Sabtu lepas, ibu lebih jelas. Bengkel separuh hari dirasakan tidak cukup, belum puas belajar dan menggali ilmu ini. Alhamdulillah sekali lagi kesyukuran ibu panjatkan atas rezeki menghadiri bengkel ini.


Hari ini pertama kali ibu mengaplikasikan teknik pujian gaya nabi.

Melihat Hakim baru bangun tidur, ibu terus menghampiri dan membacakan doa bangun tidur lalu berkata, "Wah, ibu suka abang Hakim membaca doa bangun tidur, nampaknya 1 ikatan tali syaitan sudah terputus. Tinggal lagi 2 ikatan yang perlu dilepaskan dengan berwudhu dan solat Subuh. Pasti abang Hakim menjadi seorang yang cergas hari ini"

Kebiasaannya, agak liat untuk terus bangkit dan solat, dengan teknik pujian gaya nabi tadi, abang Hakim terus bangkit dari tempat tidur menuju ke bilik air, menyucikan diri, berwudhu dan solat subuh. Seusai abang Hakim solat, ibu berkata lagi "Ibu bangga abang Hakim bangun dan terus solat, jika begini setiap hari pasti abang Hakim akan menjadi Imam Muda Hakim yang disegani suatu hari nanti.

Ibu perasan ada sedikit kesilapan dalam skrip tadi, ibu sepatutnya memuji usaha, sepatutnya ibu berkata begini, "Ibu bangga dengan kesungguhan abang Hakim bangun dan terus solat subuh, jika begini setiap hari pasti abang Hakim akan menjadi Imam Muda Hakim yang disegani suatu hari nanti"

Tadi di dalam bilik Hakim, sekarang abang Hakim sudah keluar ke ruang tamu, ibu berkata dalam hati, ibu ingin puji lagi untuk menaikkan self-esteem (kali ini di hadapan abah dan adik-adiknya) ibu ulangi skrip pujian  yang sama, dan ada kesilapan seperti yang dinyatakan di perenggan atas.

Tidak semena-mena, abang Hakim terus ke bilik air mencuci kasut sekolah yang diletakkannya semalam. Ibu berkata dalam hati, ibu ingin puji lagi memandangkan ini adalah kali pertama Hakim membasuh kasut sekolahnya sendiri. "Wah, ibu kagum melihat abang Hakim membasuh kasut sendiri, lihat sudah putih berseri. Esok pasti abang Hakim segak ke sekolah dengan pakaian dan kasut yang bersih" 

Skrip asal berbeza sedikit, ibu sudah lupa skrip asal yang ibu ucapkan tadi. Hasil daripada skrip pujian teknik nabi yang ibu gunakan hari ini, Hakim mudah menghulurkan pertolongan apabila diminta, dia menjadi abang yang baik kepada adik-adiknya hari ini.

Semasa kami makan tengahari bersama, Hakim bertanya kepada ibu, "Kenapa Hakim asyik-asyik bagus sahaja hari ini?" Ibu tahu Hakim kehairanan dengan pujian yang bertalu ibu berikan kepada usaha dan tingkahlakunya. Ibu tersenyum :)

Abang Hakim solat penuh 5 waktu hari ini dengan baik, ibu puji lagi kali ini dengan ganjaran 30 markah! (Ibu  kongsikan di entri yang lain, InsyaaAllah)

Langkah seterusnya:
1. Mereka skrip yang berkaitan untuk diaplikasikan esok di tadika
2. Mendapatkan cop bintang untuk digunakan sebagai ganjaran untuk anak-anak yang bersikap baik di rumah dan anak-anak di tadika

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anak Suka Pakai Selipar Terbalik

Biasa tak tengok anak-anak pakai selipar terbalik, macam jadi perkara biasa pada mereka. Aiesyah sekarang ni memang trend pakai selipar terbalik bila ditegur barulah dialihkan selipar, jika tidak macam tu lah dia pakai selipar. Kadang tu bila disuruh pakai betul-betul kita pula yang dimarahnya, dia cakap yang dia pakai tu dah betul, adakah anak usia 2-3 tahun sukar untuk kenalpasti selipar kiri dan kanan? Selipar yang aiesyah pakai sekarang, snap masa baru beli,  sekarang dah takde color pink lagi dah... Ni pulak selipar hakim yang tinggal kenangan,  kena curi kat masjid masa hakim ikut abah solat Jumaat Apa yang ibu perasan bukan selipar sahaja yang terbalik, huruf pun selalu ditulis terbalik, contohnya bila N ditulis seperti U, S pun jadi terbalik. Semalam masa Aiesyah belajar menulis huruf, ibu gelak jer bila tengok A ditulis terbalik iaitu bukaan A di bahagian atas. Mungkin ini salah satu proses pembelajaran anak-anak kan? Dengan cara ini mereka boleh kenalpasti ...

Teknik Cepat Membaca: Cara Mudah Mengajar Anak Membaca

Hakim mula belajar secara formal semasa usianya 5 tahun, buku Bacalah Anakku digunakan di sekolah dan juga di rumah untuk memperkenalkan anak dengan bunyi sukukata yang mudah mengikut teknik fonetik. Bila di rumah ibu sudah terbiasa mengenalkan anak-anak dengan huruf menyebabkan anak keliru untuk sebut 'a' dengan A atau aaa. Bila anak dihantar ke taska, guru taska tanya Buku Anakku buku ke berapa? Ibu menjawab 'emm 2 ke 3? Isk nampak sangat ibu ni tidak prihatin dengan tahap kemahiran anak sendiri, malu sendiri jadinya. Bukan tidak peduli langsung tapi terlalai dengan kerja seharian (konon sibuk sangat) sampai terlupa nak cek buku anak-anak termasuk iqra'. Mana boleh macam ni? Takkan nak biarkan anak belajar 100% di sekolah dan taska sahaja? Apa yang aku lakukan sebagai ibu di rumah? Sibuk sangat kah? Ibu mula memeriksa bacaan Hakim, mulakan dari buku 1. baru lah ibu tahu bahawa anak ibu lebih kepada menghafal sebab terlalu sedikit latihan. Bila ibu tu...

Mengajar Anak Mengenal Huruf Hijaiyah

Set Lengkap Mengajar Anak Kecil Membaca Mengenal huruf hijaiyah adalah perkara asas apabila belajar mengaji Quran. Bila kenal huruf kemudian baru belajar bunyi bacaan mengikut baris. sudah pandai baca baru belajar tajwid.  Sama seperti membaca, sekarang ada kaedah yang mengajar bunyi bacaan dahulu kemudian baru kenal huruf. Sama seperti kaedah fonik dalam Bahasa Melayu. Ibu lebih suka perkenalkan anak-anak dengan huruf-huruf hijaiyah dahulu. Belajar melalui lagu dan kad imbas adalah lebih mudah untuk anak-anak ibu. Contohnya lagu Alif Ba Ta yang banyak ada di Youtube. Ibu muat turun sahaja dan pasang di laptop hampir setiap hari. Bukan untuk anak yang baru belajar, anak yang sudah pandai mengaji pun akan ikut sama menyanyi. Lagu Alif Ba Ta yang mudah dan senang diikuti adalah seperti ini [Klik di sini] Ini yang paling jelas sebutan, jika ada yang lain mohon dikongsi di ruangan komen.  Untuk perkenalkan huruf menggunakan kad imbas, ibu gunakan kad i...