Saya dapati kanak-kanak berusia 3 - 12 tahun suka apabila kita membacakan buku cerita bergambar dengan gaya HOTs.
Apa itu HOTS?
Kemahiran dan respon kita bertanya dan bertindakbalas dengan soalan yang merangsang daya fikir anak-anak.
Bagaimana kita bertanya dan bertindak balas sebelum, semasa dan selepas bercerita banyak memberi kesan.
Ia satu cara menanam nilai dan menajam persepsi kanak-kanak.
Kesan amalan HOTS kepada kanak-kanak:
- kanak-kanak berfikir
- kanak-kanak menerbit idea
- kanak-kanak berupaya menyelesaikan masalah dengan cara mereka.
Peranan ibubapa sebagai pembimbing, pendorong, pemudahcara dengan memberi input-input bermakna kepada anak-anak.
- Puan Fatimah Haslina
EduModule dengan kerjasama Puan Fatimah Haslina akan mengadakan satu bengkel kreatif HOTS pada 29 Mac ini. Objektif utama bengkel untuk memperkenalkan teknik HOTs ini kepada ibubapa dan bagaimana guru dan ibubapa boleh menggunakan beberapa teknik untuk merangsang kemahiran berfikir anak-anak.
Pengalaman saya sendiri sebelum ini;
1. Tidak pandai mempelbagaikan soalan apabila bertanya kepada anak-anak tentang sesuatu
2. Tidak tahu bagaimana untuk respons apabila anak bertanya pelbagai soalan.
Selain itu, ibubapa juga akan didedahkan bagaimana untuk mengaitkan semua perkara dengan kasih sayang terhadap ibubapa dan kasih sayang Allah.
Hubungi Pn Wan +60132821450 (Whatsapp/Telegram) untuk mendaftar. Terhad 30 peserta sahaja. Setiap peserta mendaftar akan menerima:
- 1 set Kad Imbas Bergambar (40 keping Kad Imbas Kisah Si Ayam)
- Ebool 10 cerita
- Latihan Aktiviti Lembaran HOTS
Comments
Post a Comment