Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga

Masih ada yang bertanya, masih ramai yang berminat dengan buku ini. Ibu selak-selak dalam bilik stor, rupanya masih ada berbaki 5 buah Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga ini. Buku PBK ini agak sukar untuk didapati di kedai-kedai buku, melainkan anda dapatkan di Bank Negara itu pun stok yang agak terhad. Buku ini boleh digunakan bila-bila masa, di dalamnya telah dipecahkan kepada bulan dari January hingga Disember dan tiada tahun. Basic Pengurusan Belanjawan, Pendapatan - (Hutang) dan Simpanan = Perbelanjaan. Kulit Buku Gunakan buku PBK ini untuk ambil berat jumlah hutang yang masih berbaki, berapa peruntukan simpanan bulanan dan budget perbelanjaan. Siapa cepat dia dapat sebab ada 5 jer pun, buku ini diberikan percuma cuma kena bayar kos penghantarannya. Ibu gunakan Pos Ekspress RM5 dan Buku Wang Saku ini diberikan percuma. Buku Wang Saku digunakan untuk mencatat aliran tunai setiap hari, membantu kita dalam mengawal wang keluar. Kepada yang berminat sila email ibu di ...

Set Mewarna Hello Kitty & SpongeBob

Sekejap saja masa berlalu, hari ni sudah hari Khamis 30 Sept 2010 bersamaan 20 Syawal 1431H. Hello Kitty dan SpongeBob watak kartun yang digemari kanak-kanak termasuk lah anak-anak ibu terutama Aiesyah. Anak-anak sudah tentu lah seronok jika dapat mewarna Hello Kitty atau SpongeBob mengikut kreativiti mereka. Ibu nak cerita tentang set mewarna ini, sekarang cuma ada Hello Kitty dan SpongeBob sahaja. Set mewarna ini 2 berus, 10 jenis warna yang boleh dipilih, sekeping lukisan dan kayu penyokong. Lukisan ada 3 size yang ini paling kecil, ukuran sekeping poskad. Bagi anak yang seusia Aiesyah, ibu boleh minta dia padankan nombor warna dengan nombor yang terdapat pada lukisan. Bukan sahaja dapat mengenal nombor yang sama tapi anak juga boleh berlatih menggunakan kemahiran tangan. Anak yang selalu mewarna, menulis, bermain pasir, atau apa sahaja yang menggunakan jari-jemari dapat membina daya kreativiti mereka. Untuk anak yang sudah besar, mereka boleh mewarna mengikut kesesuaia...

DiGi iPhone 4 Life

Nama saya Umar, umur saya hari ini 1 tahun, 3 bulan, 1 minggu dan 5 hari. Sebab ibu dah mengidam nak dapatkan iPhone dari saya dalam kandungan, maka sekarang bila ibu pandang muka saya ibu duk terbayangkan iPhone agaknya. Muka saya ni ada macam muka iphone ke ibu? Ibu anggukkan kepala, mmmmmmmmm. Eh apa salahnya sebab muka saya pun cute macam iPhone sebab tu bila ibu pandang saya ibu terbayangkan iPhone. Cubalah anda tengok muka saya yang cute ini, sebijik macam iPhone yang memang dah sedia cute lagi-lagi iPhone 4 ! Tenung mata saya yang bulat dan bersinar seperti screen iPhone yang lebar dan besar dengan Retina Display yang tajam menikam, highest resolution semestinya. = Sharp! Lihat pula hidung saya yang tipis, tidak berapa mancung dan lebar sesedap tangan yang memegangnya seperti iPhone 4 yang nipis dan tidak puas menggenggamnya. = Thin! Hidup ibu saya seperti tidak keruan, sila lah berikan iPhone 4 kepadanya supaya hidup ibu lebih sempurna! DiGi iPhone 4 mel...

DiGi iPhone 4 Real

Ini bukan dugaan, ini bukan angan-angan, ini betul-betul, ini realiti! DiGi iPhone 4 Real! Dengan iDiGi Postpaid Pla n bakal menjadikan impian ibu (yang duk mengidam tu) untuk mendapatkan iPhone 4 suatu kenyataan. Hanya dari RM58 sebulan, memang mampu milik dan mampu guna iDiGi Postpaid Plan menawarkan 3 plan terbaik untuk pelanggan, iDiGi 88 , iDiGi 138 dan iDiGi 238 . Sebab DiGi terlalu baik hati tawarkan No extra change for after monthly quota , atau dengan kata lain tiada charge tambahan jika melebihi had untuk Internet maka ibu sangatlah berminat dengan Plan iDiGi 88 . Kenapa iDiGi 88? Walaupun bayaran bulanan RM88 tapi untuk 2 tahun pertama kita perlu bayar RM68 sahaja, nak lagi murah? Hanya RM58 (potongan RM5) dengan membuat bayaran melalui auto billing. FREE! 200 minutes voice call, 200 SMS, 20 MMS dan 1GB Internet . Apalagi yang anda inginkan, bagi ibu memang sudah cukup memadai dengan Plan iDiGi 88 ni. Jika masih tidak cukup bila-bila masa sahaja boleh be...

Cara Ibu Boost Motivasi Diri

Hidup ini perlu kepada motivasi, yer sangat-sangat perlu. Jika ada saat-saat getir atau merasa 'down' biarlah cuma 5-10 minit sahaja, lupakan sebab dunia ini masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan. Ibu gemar membaca untuk 'up' motivasi dalam diri, tidak mahu perkara yang biasa menjadi tabiat yang semakin sukar untuk dihindari. Antara buku motivasi diri yang ibu ada Dare To Fail , Formula Individu Cemerlang , Minda Super , La Tahzan atau Jangan Bersedih dan banyak lagi. Jika dulu ibu suka baca buku tulisan Dr. HM Tuah banyak juga yang ada dalam simpanan semua tersimpan dalam kotak, ibu nak susun koleksi buku-buku ini elok-elok di rak rumah baru nanti. Semalam ibu sempat beli 3 lagi buku motivasi diri ini;   Dengan membaca ibu boleh dapat maklumat dan kembali positif, ibu pegang kepada kata-kata; 'Kita boleh lakukan sesuatu jika minda berkata boleh walaupun ianya mustahil' Sebenarnya tiada yang mustahil jika kita betul-betul berkehendak kepada...

DiGi iPhone 4 Me

Memang teruja, sangat teruja bila melihat Digi iPhone 4 yang sudah mula dipasarkan sekarang. Impian yang masih belum tercapai untuk memiliki iPhone sejak keluaran iPhone 3G yang pertama. Minat semakin mendalam bila melihat kakak menggunakan iPhone dan dia hanya dapat secara percuma! (iyeke percuma rasanya kena potong gaji ) Potong gaji pun takpe janji dapat iPhone, rasa nak jadi staff Digi sekejap. Berikan kepada ku! Bukan hanya 4 orang penting dalam hidup ibu sekarang, tapi ibu mahukan iPhone 4 ini! Ibu memang mengidam iPhone ini sudah lama, sewaktu mengandungkan Umar dan sekarang Umar sudah 15 bulan. Nasib baik Umar tidak lah sampai meleleh air liur bila sahaja melihat iPhone, malu ibu. Walaupun ada yang kutuk dan cakap iPhone ini untuk yang sukakan toys, games etc tapi ibu tak kisah sebab ibu memang minat iPhone berbanding yang lain di pasaran. iPhone juga tetap menjadi pujaan hati ku. Kenapa ibu teringin sangat nak dapatkan iPhone 4 ini? Turbo 3G Network: Int...

Ibu Yang Mengidam

Tak usah suspen dengan tajuk 'mengidam' ibu tu, tiada kena mengena dengan baby baru pun. Ibu yang sudah lama mengidam untuk upgrade ini Nokia N82 yang ibu telah gunakan lebih 3 tahun, masih elok dan ibu sangat sayang sebenarnya terutama bila ibu gunakan untuk snap gambar lebih cantik dari snap from digital camera yang ibu gunakan. Tapi ibu sudah lama mengidam yang ini Rasanya sudah lebih setahun mengidam, dari Umar masih di dalam perut ibu sampai la ni belum dapat lagi. Bila tengok muka Umar je ibu teringat iPhone, apakah? InsyaAllah nak cuba dapatkan juga dalam tahun ini, harap-harap tidak lagi meleleh air lir lepas ni

DiGi iPhone 4 Play

Agak mencabar juga nak ceritakan tentang application yang menarik di iPhone sebab ibu belum ada iPhone sudah tentu tidak pernah menggunakan sebarang applications di dalamnya, hanya beberapa aplikasi yang ibu tahu, yang ibu lihat dan ibu search dengan bantuan En. Google. Banyak, banyak sangat aplikasi yang boleh digunakan untuk iPhone apalagi dengan iPhone 4 ini! Apps for Work Bagi ibu yang bekerja sendiri ini, time management sangat penting dan perlu ada panduan on work schedule, jika tidak kucar-kacir jadinya. Ada banyak perkara yang ibu simpan sebagai database untuk rujukan. Bento salah satu apps for works yang sangat menarik bagi ibu kerana senang untuk manage rutin harian dan perkara penting dari to-do list, aktiviti harian kepada perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Boleh simpan resepi apa nak masak hari ni, selak jer guna jari dah boleh dapat resepi. Selain itu bab customer tu ibu memang suka, boleh simpan list kat sini senang nak buat rujukan. Sebab itu ...

Bila Anak Sudah Besar

Cabaran sebagai ibubapa semakin bertambah bila anak semakin membesar, betul atau tidak kenalah tanya kawan-kawan atau kakak-kakak yang sudah punya anak yang meningkat remaja, atau tunggu anak-anak membesar. Pemikiran anak-anak semakin berkembang dan biasanya semakin kompleks. Si Hakim sekarang sudah malu-malu bila sebut perkataan love, love awek katanya. Amboi anak ibu kemain yer sekarang sudah pandai sebut awek-awek. Tadi sebelum hakim ke sekolah (semalam sebenarnya), macam biasa kami bersalaman, hakim akan cium tangan dan kiss 2 pipi dan dahi ibu, bila ibu peluk hakim ibu saja lah cakap 'I love U' nak tengok reaksi hakim, eh malu-malu pulak, apa lah ibu ni katanya. Mungkin sebelum ini ibu hanya gunakan perkataan sayang, tidak menggunakan love padahal maksudnya sama. Bila anak semakin membesar, lebih banyak soalan kompleks yang mereka tanya, lebih banyak perkara yang mereka fikirkan. Abdul Malik bin Marwan pernah menasihatkan pendidik anaknya, katanya, "Ajar...

Akhirnya Dapat Abaya, ke Abayat?

Teringin nak pakai abaya dirujuk. Seperti pucuk ub i dicita ulam jantung pisang yang datang, rezeki kami anak beranak dan juga seluruh adik beradik ibu. Mak dan ayah kan baru balik dari umrah minggu lepas, memang lain beraya tanpa mereka tahun ni. Selain buah delima yang besar manis dan merah menyala itu, ayah ada juga bawa balik sedikit buah anggur selain buah-buah yang terkenal di Mekah macam zaitun, tin, kurma, dan kismis. Buah delima dan anggur ayah beli di Yaman sebab last transit di Yaman sebelum ke Kuala Lumpur menaiki Yaman Air. Mak dan ayah sampai ke KLIA jam 5.05 petang dan bertolak ke Pengkalan Chepa jam 10 malam, ibu dan anak-anak hanya tunggu di rumah, tidak selesa bersesak di airport dengan anak-anak kecil ini. Hampir jam 1 pagi baru lah mak dan ayah sampai di rumah, beratur kami sambut mereka dan berpeluk cium. Sampai sahaja di rumah ayah terus tanya nasi, memang ibu dah siap hidang pun atas meja sudah menjangka yang mak dan ayah pasti teringin nak makan gulai ...

Lemang Paling Best: Lemang Kijal

Lain orang lain citarasa kan? Bagi ibu yang tidak pernah buat lemang sendiri cuma makan lemang tunjuk-tunjuk inilah lemang yang plaing best ibu pernah makan, Lemang Kijal . Jika ke Terengganu melalui Lebuhraya LPT dan Kuantan selepas Bandar Chukai sebelum Kerteh anda mesti jumpa deretan gerai menjual lemang di kiri kanan jalan. Lemang Kijal ini memang dah terkenal serata pelusuk Malaysia rasanya, lemak-lemak Lemang Kijal memang tiada tandingan dengan lemang yang pernah ibu beli di Selangor & Kuala Lumpur ni. Gambar ibu ambil dari Hanieliza sebab waktu ibu singgah tak sempat ambil gambar pun dah nak malam waktu tu. Balik ke Selangor selepas seminggu cuti raya, ibu memang plan lalu Terengganu, Kuantan sebab nak singgah beli lemang kat Kijal. Ada yang 3 batang RM10, 4 batang RM10, 2 batang RM10 ikut besar lemang tersebut. Ibu suka makan yang kecil aje dan suka bahagian lemak atas lemang tu. Ini mungkin harga musim perayaan, jika hari biasa mungkin 5 atau 6 batang RM10 pun bole...

Sejak Bila Anda Pandai Melukis?

Ibu yang tidak pandai melukis, buat lukisan orang lidi pun bila dah sekolah tadika, lukis pokok bila masuk sekolah rendah, apalagi dengan lukisan rumah, sungai, sawah padi dan burung serta matahari yang nampak separuh berselindung di sebalik bukit/gunung. Entah kenapa bila diingat balik, kebanyakan lukisan yang cikgu minta mesti ibu lukis rumah, sungai dan pokok kelapa adalah pakej yang datang sekali dalam lukisan. Bila lukis ayam itik memang pelik sangat sebab tidak pandai hendak lukis binatang kecuali ikan dan ular. Supaya anda semua senang hendak berimaginasi maka ibu lukis draft ini untuk tatapan anda. Tapi sayangnya tiada satu pun lukisan yang lukis masa kecil dahulu disimpan untuk kenangan. Semasa Tingkatan 3, cikgu pernah minta kami lukiskan rumah masing-masing dan cikgu puji lukisan ibu cantik, ibu masih terbayang-bayang lukisan tersebut tapi sayangnya entah di mana lukisan itu sekarang. Supaya apa yang berlaku pada ibu tidak berlaku pada anak-anak maka ibu ambil gamba...

Nostalgia Raya

Bismillah Mengimbau kenangan beraya zaman ibu kecil dahulu sangat banyak yang berbeza dengan sekarang, antaranya 1. Baju Raya Ibu punya adik beradik yang ramai, pakaian baru hanya dapat bila tiba hari raya sahaja, jadi nikmat gembira bila dapat baju baru tu tidak terucap sehinggakan setiap saat bila teringat ibu jenguk baju baru dalam almari, kadang tidur pun dengan baju di tangan tak sabar nak pakai di hari raya. Baju raya kami adik beradik semua diuruskan oleh mak, jadi kami hanya terima sahaja apa yang mak berikan tidak pandai hendak memilih. Mak biasanya akan beli kain di pasar dan bagi kepada adik (ibu saudara ibu) untuk dijahit. Biasanya 1 hari nak raya baru kami dapat lihat dan cuba baju baru, pernah juga baju raya tidak sempat siap jahit sehingga menangis dan merajuk, pagi raya ibu saudara hantar, dapat juga merasa baju baru. 2. Duit Raya Kami bukan orang senang, tapi dapat duit raya setiap pagi raya menjadi kemestian terutama daripada mak dan ayah sendiri walaupun...

Hari Raya ke-8 atau Raya Enam

Bismillah Cuti yang mengujakan bila dapat berada di kampung halaman tempat ibu membesar dengan riang bersama adik-beradik yang lain. Kami dengan keluarga besar memang sentiasa meriah bila semuanya berkumpul di satu rumah. Pelbagai cerita, pelbagai gossip dan yang pasti kanak-kanak riang yang menggamatkan suasana. Hakim terutamanya memang seronok sangat bermain dengan sepupunya sehingga lupa nak makan. Bila ditanya suka di kampung kerana ramai kawan katanya. Kadang kita pula yang rasa penat bila tengok anak-anak asyik bermain sepanjang masa, ada sahaja aktiviti mereka sehingga tidur pun bersama-sama. Berbeza sedikit raya ini kerana mak dan ayah kami tiada di rumah untuk beraya bersama, walaupun begitu menu yang biasanya menjadi hidangan raya tetap ada, cuma kali ini semuanya diambil alih oleh kami sendiri. Raya Pertama Nasi Himpit dan kuah kacang, sate serta soto dengan begedil. Special sebab ada sate rusa. Raya ke-2 Nasi Minyak Raya ke-3 Bihun goreng Raya ke-4 Laksa...