Selamat bercuti kepada semua, pada yang kena kerja, dipaksa kerja atau on stand-by selamat menjalankan tugas. Biasanya kita duk dengar orang cerita pasal CD baru, CD cantik, pelbagai warna dan design, pelbagai jenama dengan harga yang berbeza-beza. Hari ni ibu nak kongsi pasal CD rosak pula. Bukan CD=Compact Disc rosak sehingga sakit telinga dengar tapi CD=Cloth Diaper rosak yang tidak boleh digunakan lagi. Ini antara cd yang ibu beli masa awal penggunaan cd ketika Aiesyah kecil dulu. Kebanyakan cd yang tidak tahan lasak ini diperbuat dari material cotton. Sebab itu sekarang ibu lebih suka cd yang bahagian luarnya diperbuat daripada polyester sahaja, mudah dijaga dan tahan lasak, yang penting tidak mudah koyak. Mari tengok koleksi cd rosak ibu; Cd-cd ini sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang, jika adapun telah diubahsuai Ini pula yang jenis velcro, sebab itu sekarang ini ibu lebih gemar dengan snap button dan cd yang ibu jual semuanya jenis snap button jika anda perasan. S...